HARI INI AKU NAK CERITAKAN PERJALANAN BERURUSAN DI KUALANAMU AIRPORT...MAKLUMLAH BARU BALIK DARI MEDAN 2 HARI LEPAS...
BERURUSAN DISINI TIDAK MEMBERIKAN MASALAH. SEMUANYA LANCAR SAHAJA..PANDUAN TUNJUK JALAN ADA DISEDIAKAN DAN MUDAH DIFAHAMI.
ADA 2 TINGKAT, CANGGIH DAN BESAR . BESAR DARIPADA LCCT KL LAGI. DARI PINTU MASUK PUSING KE KIRI UNTUK CHECK IN. JIKA TERUS KITA AKAN RUANG MENURUNI TANGGA MENUNGGU PESAWAT.
UNTUK MENAIKI PESAWAT...
1. PERGI BERATUR DI KAUNTER CHECK IN SYARIKAT PENERBANGAN YANG DIPILIH..KALAU AIRASIA JALUR A... BAWA BAGASI UNTUK DITIMBANG JIKA NAK MASUK KARGO. BAYAR CUKAI PENUMPANG ( IDR 75,000) SEORANG DAN BAYARAN BAGASI IDR 315,000.
PASTIKAN DI SKRIN TV ATAS TELAH DITULIS KOD PENERBANGAN YANG KITA AKAN NAIK.
2. TERUS KE BAHAGIAN KIRI AKAN MELALUI TANGGA ELEKTRIK. IKUT NOMBOR PINTU. 1,2,3,4 UNTUK KE LUARNEGERI.
3. BERJALAN TERUS KE HUJUNG BANGUNAN UNTUK PEMERIKSAAN BEG DAN BADAN. SAMPAI DISITU SAHAJA.. DUDUK DIRUANG MENUNGGU BERHAMPIRAN NOMBOR PINTU YANG TERCATAT DALAM TIKET. MUDAHKAN?
4. APABILA SEDIA MENAIKI PESAWAT KITA AKAN BERATUR DIHADAPAN PINTU DAN MENUJU KE PESAWAT MELALUI LALUAN LORONG SAMBIL TERSENYUMMMM....
KEDAI-KEDAI BANYAK YANG BELUM DIBUKA LAGI..CUMA ADA KEDAI MINUM DAN MAKANAN SEGERA BOLEH DIBELI DITINGKAT BAWAH...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan