Malam tadi kami puak-puak dan juak-juak taiping menghadiri kenduri majlis perkahwinan anak sedara kami diana dengan nadzri yang berlangsung di tingkat 3 bangunan kamalbina. walaupun hujan namun majlis tetap panas dengan kesibukan tak menang duduk masing-masing bergambar dengan insan2 popular. termasuk jugak teman yang dah berusia ini. bukan apa nak memeriah dan menyibukkan lagi keadaan semasa... malam tu macam bursa saham le...
Di bawah teman paparkan sekali gambar2 yg sempat diambil.. anak teman yakin... jadi kemera women.. semua sebuk dan ceria bebeno termasuk lah.. tok tam.. Semasa upacara merenjis abg jaapaq, bapa pengantin perempuan menadah tangan dan diaminkan oleh diyana dan nadzri, tentunya supaya rumahtangga anaknya diberkati dan berkekalan. Pakaian..keluarga pengantin perempuan berwajah hijau muda dan sebelah nadzri berwajah biru lembut.. ramai keluarga pengantin lelaki yang hadir termasuklah rombongan sebelah adik iparnya.. mem2 dari seberang laut... Sempatlah tengok bapa pengantin lelaki dancing ngan mem2 tu. Nak puji makanan memang sedap dan kami semua berpuas hati..masing2 balik kekenyangan...