MEMBIMBING DIRI


RENDAHKAN HATIMU KEPADA MANUSIA,

agar Tuhan meninggikan dARjatmu pada kehidupan sana.

Isnin, 27 Februari 2012

LADANG ANGGUR EMPANGAN BERIS, SIK KEDAH

MEMENUHI HAJAT KAKAK YANG INGIN MELIHAT LADANG ANGGUR MEMBUAT KAN KAMI MENCECAH KAKI KE SANA SEMALAM (AHAD 26 FEB 2012)..  UNTUK MENUJU KE SANA IKUT ARAH PERJALANAN BERIKUT:

KELUAR TOL GURUN ---->  MENUJU KE ARAH PEKAN GURUN, PEKAN JENIANG DAN TERUS KE SIK...   

NAK CERITA KAMI JUMPA SATU KEDAI CENDOL YANG MENGUJAKAN KAMI UNTUK SINGGAH... KEDAI "CEN" CENDOL PULUT... ADA JUGA DIJUAL MAKANAN PANAS...SEPERTI NASI AYAM YANG BERWARNA JINGGA... CENDOLNYA LAIN DARI YANG BIASA KITA JUMPA DI KUALA KANGSAR... WARNANYA KUNING MACAM WARNA TEK TARIK YANG TAK BERAPA PEKAT... TAPI BAYANGKAN BILA MAKAN PUAS DARI MULA MENCEDOK HINGGA LECIN MANGKUK... MEMANG SEDAP, CUKUP LEMAK, BUKAN MANIS GULA PERLIS, TAPI MANIS GULA KABUNG..CAMPUR PULUT, KACANG MERAH. MEMANG SEDAPPP..




LICIN....




TERUS KE SIK... AWAN LEBIH RENDAH BERCAMPUR KABUS..DEKELILINGI GUNUNG-GUNUNG... SAMPAI KE EMPANGAN BERIS DAN JUMPALAH LADANG ANGGUR TERSEBUT.. AMAT TERUJA NAK MEMETIK ANGGUR.. BAYARAN MASUK RM4 DEWASA DAN RM2 UNTUK KANAK-KANAK.  BILA MASUK DIIRINGI OLEH KAKITANGAN..MUNGKIN TAKUT KITA PETIK ANGGUR... ANGGUR TAK BOLEH DIPETIK, KALAU NAK RASA KENA BELI KAT KEDAI DEPAN..


ANGGURNYA MEMANG MANIS... SATU PAKET RM15, OKLAH UNTUK MEMBASAHKAN MULUT 4 ORANG PELANCONG ASING NI.

SEBOK BERGAMBAR, TERUJA TAK PERLU PERGI AUSTRALIA ATAU NEW ZEALAND NAMPAKNYA.. ORANG MALAYSIA BOLEH PEGANG ANGGUR KAT POKOK DI SINI ATAU DI PERLIS... SELAMAT MELANCONG...











# jika ada pertanyaan lanjut, cadangan atau sebarang komen..sila emel di zieeya@yahoo.com

CUTI SEKOLAH BARU NI PERGI SEMULA MELAWAT LADANG ANGGUR INI... BUAH DAH RANUM.. BAWAK EMAK DAN ANAK SEKALI.. DULU DEPA TAK PEGI...BALIK SINGGAH CENDOL JENIANG LAGI TERUS KE  PEKAN RABU ALOR SETAR DAN KE TANJUNG DAWAI MAKAN IKAN BAKAR..ANAK TAK LEPAS DENGAN LAKSANYA YANG MEMANG SEDAP...









TANJUNG DAWAI KEDAH

Tiada ulasan: