Gambar ini adalah lambang memori terindah semasa aku berada di tingkatan 5Sc2. Maaf cikgu kerana saya dah terlupa akan nama cikgu..Namun aku masih ingat cikgu mngajar Biologi yang rata-rata hanya tau Biologi saje..itulah waktu dalam kelas memang pandang cikgu mengajar, tapi..tembus dinding..yang paling aku ingat aku suka lukis sel-sel..dan sewaktu dengannya. Otak aku bukan otak sains, dah cuba..namun..ke arah bahasa..
Siapa ye ketua kelas waktu ni.. juga tak ingat mungkin banyak makan anak semut.. tapi penolongnya Hasliza yang suka tersenyum dan berasal dr Kampung Ketior. Dalam kelas aku ada 2 pasang kembar, special bukan. Eti dan Eni, Kamal dan Kamil. Beberapa orang kawan telah dpt berhubung dalam RMM69 macam Polo, Zaki, Zam, zack Zam, Fadhil, Ali, Mahadir, Zainal, dan Zaini. Yang perempuan tak masuk Fb, yang jumpa Che Rosnah, Fariza. Yang lain dan sekampung Tuah (Hang Tuah)..
Ingat lagi dalam kelas aku yang pempuannya banyak yang alim-alim seperti Yat, Rokiah..aku pun malu dengan depa ni sebab aku cukup makan atau pun kurang ilmunya.
Zainal Masir pulak agak cemerlang dlm sukan selepas bersara jadi 'soljer'(katanya) bg tau akan ke London tahun depan membawa team kapal layar. Syabas dan semoga berjaya.
Kalau nak diciterkan memang panjang memori di tingkatan 5 ni.. Kalau ada permintaan boleh sambung lagi. Dan jika kawan-kawan terbaca blog aku ni bolehlah menghubungi aku di ruangan komen..tq
Tiada ulasan:
Catat Ulasan