MEMBIMBING DIRI


RENDAHKAN HATIMU KEPADA MANUSIA,

agar Tuhan meninggikan dARjatmu pada kehidupan sana.

Jumaat, 23 September 2011

Bulan Kemerdekaan vs Jamuan Raya Sekolah


merdeka...merdeka...

cikgu..leka..

sumbangan ikhlas untuk anak-anak bangsaku...

Barisan kerahan tenaga yang setia bertugas.

Posing tetap posing..ehh.. semua nampak KURUS lah.. minum Jus mate 4 ke?

AGAQ-AGAQ NI SAMA NGAN BAJU I... SAMA KAN?
KELUARGA PALING GLAMOUR BERGAYA DI HARI RAYA

PAKAIAN PALING SENSASI..

SI PEMAKAI SARI..

KIUT...

DHOTI MODEN.. SPECIAL!


SIAPA LAGI.....? Selamat Hari Merdeka ke 54

Kuucapkan selamat hari kemerdekaan dan hari Malaysia
kepada semua anak-anak bangsaku yang tercinta.
Semoga negarku terus aman makmur dan berdaulat hingga akhirnya..
Sama-samalah kita mendidik anak-anak dengan nilai agama dan moral agar seiring dengan kejayaan akademik mereka. 
Generasi hari ini adalah penentu kemajuan dan keruntuhan negara pada masa hadapan.

Isnin, 19 September 2011

Raya Rumah Tini..

 Bekas kuih tu tupperware tau Un..angin tak masuk!
Bulat itu adil ..semua rasa... tak lebih tak kurang..



Perkataan pertama akak.....fuyooo...
Hmmm..ada citerasa...ada semangat...ada kuasa...aura purple open house tahun ni ye?

Tentu nak tahu menu...
Mi/Laksa Pangkor , Laksa Utara, nasi merah, pencuci mulut dan macam-macam lagi.
Semua kak makan, tuan rumah jangan kecik hati ya. lepas sampai kebetulan member bertuah lain pun sampai iaitu Ida, Ri sekeluarga, Un, Hasnan sekeluarga serta Noriah, abang... dan nisa. noriah tak bagi tau pun nama abang dia...

Layanan tuan rumah hebat, kak dan para tetamu takkan lupa sampai bila-bila..  Terimakasih di atas jemputan. Cuma akak terkilan sikit anak akak tak dapat turut serta walaupun dia habis-habisan nak pegi rumah Cikgu Tini.

(p/s: Tini, kak paparkan gambo rumah Tini ni, kalu Tini marah telefon kak ya, jgn malu-malu)

Teddy bear beso




Lin cool je...


Kelakar...memang kelakar...  Bila masuk je rumah Lia aku ternampak bear yang beso ni. lepas salam2 dan bertanya kabo aku pun sambo bear ni dan keluarkan kamera...habis semua ketawa.. Layan...

Bukan senang nak jumpa teddy bear beso macam ni.. harga pun mahal. Suami Lia beli dah lama harga nya pun hampir rm100. mak datok..apa lagi..posing la maksu, ajak hanis ngan siti , cover line.. Rupanya ada 2 ekor kucing parsi kat rumah ni. ada dalam bilik ayo..memang tak bagi keluar. Kalau keluar maksu ambik gambo juga..

Lepas makan mi goreng ngan kuih (sedap2 belako) sembang2 panjang kami pun balik dalam hujan renyai2 dekat maghrib. Pergi pun lewat lepas upsr hari terakhir  habis.

Thank you Lia, sham dan boys sebab layan maksu..

Isnin, 12 September 2011

UPSR ESOK...

SALAM UNTUK SEMUA ANAK-ANAK CIKGU.

DIDOAKAN SEMOGA :

  • DAPAT MENJAWAB SOALAN DENGAN LANCAR.
  • SIHAT WALAFIAT TANPA ADA MASALAH.
  • IDEA DATANG MENCURAH-CURAH.
  • MENDAPAT KEPUTUSAN PALING CEMERLANG...
  • TAWAKKAL PADA ALLAH.


TAHUN .....

2009 - 29 ORANG
2010 - 32 ORANG
2011 - 46 ORANG  INSYAALAH



CALON UPSR 2011


KENYATAANNYA....



31 -5A
40 - 4A1B    SYABAS.....

TAHUN DEPAN AKU TAK BERGELUT DENGAN TAHUN 6 LAGI....BYE..

Ahad, 11 September 2011

OPEN HOUSE RUMAH ANGAH (CIKGU SUHAIDA)

Bersama Along Junior..

menantu contoh..

Happy birthday untuk Kak Leha, angah dan syafiq...16 Sept


Emak-emak kepada menantu-menantu









Sabtu, 10 September 2011

LAKSA KUALA KANGSAR (laksa pak ngah)

LAKSA +CUCUR   SERTA ABC SPECIAL...
Tengok gambar pasti terliur...

LAKSA PALING SPECIAL DI KUALA KANGSAR, PERAK IALAH LAKSA PAK NGAH.  SETELAH PAK NGAH DAH TIADA KINI DIKENDALI OLEH MAN ATAU MAN LAKSA. YA, ADA FILEM BERJUDUL MAN LAKSA DIFILEMKAN DI KK JUGA.

DIPADANKAN DENGAN ABC SPECIAL ADA AIS KRIM MEMBUATKAN SESIAPA YG MENJAMAHNYA KENYANG DAN PUAS..

AKU SELALU MEREKOMENKAN LAKSA PAK NGAH PADA KAWAN-KAWAN.  PADA SESIAPA YG BELUM PERNAH DATANG KE KUALA KANGSAR ATAU DISEBUT KUALE MARILAH BERKUNJUNG KE BANDAR DIRAJA PERAK INI.  DAN..DAN.. JANGAN LUPA SINGGAH DI KEDAI LAKSA INI IAITU DIBELAKANG SMJ (C) TSUNG WAH. (SEBUTAN SEKOLAH INI CONG WAH)..JALAN TAIPING. LEBIH KURANG 1 KM DARI BANDAR KUALE. CUBELAH RASA LAKSA ASLI MADE FROM KUALA KANGSAR...


tini, teoh, ida. lepas ni responden akan mengisi borang soal selidik

Kengkawan yg terpengaruh dengan cerita keenakan laksa kuala sedang membuat penyelidikan dan ujian. Ternyata semuanya mengakui akan kehebatan kuahnya..kau!



kak Jah dan kak hanim sedang menguji..sambil dengo lagu Slam rasanya..

Bagi sesiapa yang berhajat untuk merasai kelazatan LAKSA PAK NGAH, dengan ini aku mengisytiharkan bahawa anda berpeluang mendapat perkhidmatan untuk menghantar anda terus ke pintu kedai Pak Ngah (dari Ipoh sahaja) dengan bayaran memuaskan..contactlah...

 hmmm...walla

AJAR ANAK HAFAL DOA QUNUT

ASSALAMUALAIKUM

Hari ini saya terpanggil untuk memaparkan doa qunut, bacaan mengikut ejaan untuk kemudahan membacanya..Sesetengah orang lambat membaca tulisan Jawi. Niat saya untuk berkongsi dan terutama untuk kanak-kanak yang dalam proses menghafal dan belajar sembahyang.  Hafalan boleh dibuat bermula dengan dua baris, diikuti dengan dua baris dan seterusnya hingga tamat. Penggunaan warna yang berbeza dan menarik juga dapat membantu anak-anak untuk melihat dan membacanya.  Fitrah kanak-kanak suka akan warna-warni.  Disertakan juga maksud doa untuk lebih menghayati maksud apa yang kita doakan itu. Semoga anak-anak dapat mencuba..Semoga berjaya.

Allahhuma dini fiman hadait.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a’tait.

Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alait.
Wainnahu layadziluman walait.
Walaa ya’izzuman ‘adait.

Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.

Astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.

Maksudnya : 

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun
yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah
Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas
keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Jumaat, 9 September 2011

KENANGAN ZAMAN PERSEKOLAHAN


Gambar ini  adalah lambang memori terindah semasa aku berada di tingkatan 5Sc2.  Maaf cikgu kerana saya dah terlupa akan nama cikgu..Namun aku masih ingat cikgu mngajar Biologi yang rata-rata hanya tau Biologi saje..itulah waktu dalam kelas memang pandang cikgu mengajar, tapi..tembus dinding..yang paling aku ingat aku suka lukis sel-sel..dan sewaktu dengannya. Otak aku bukan otak sains, dah cuba..namun..ke arah bahasa..
Siapa ye ketua kelas waktu ni.. juga tak ingat mungkin banyak makan anak semut.. tapi penolongnya Hasliza yang suka tersenyum dan berasal dr Kampung Ketior. Dalam kelas aku ada 2 pasang kembar, special bukan. Eti dan Eni, Kamal dan Kamil. Beberapa orang kawan telah  dpt berhubung dalam RMM69 macam Polo, Zaki, Zam, zack Zam, Fadhil, Ali, Mahadir, Zainal, dan Zaini. Yang perempuan tak masuk Fb, yang jumpa Che Rosnah, Fariza. Yang lain dan sekampung Tuah (Hang Tuah)..
Ingat lagi dalam kelas aku yang pempuannya banyak yang alim-alim seperti Yat,  Rokiah..aku pun malu dengan depa ni sebab aku cukup makan atau pun kurang ilmunya.
Zainal Masir pulak agak cemerlang dlm sukan selepas bersara jadi 'soljer'(katanya) bg tau akan ke London tahun depan membawa team kapal layar. Syabas dan semoga berjaya.
Kalau nak diciterkan memang panjang memori di tingkatan 5 ni.. Kalau ada permintaan boleh sambung lagi. Dan jika kawan-kawan terbaca blog aku ni bolehlah menghubungi aku di ruangan komen..tq

PERANAN IBU BAPA DEMI ANAK YANG CEMERLANG



Apakah peranan ibubapa dalam memastikan anak-anak berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan?
Antaranya:

1. Halalkan makan minum anak-anak
2. Berikan motivasi dan peransang
3. Galakkan mereka membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa.
4. Mengingatkan mereka belajar secara berterusan dan memberi tumpuan pada pelajaran
5. Doakan kejayaan mereka dengan bersungguh-sungguh.


Didoakan anak-anak muridku akan mendapat 5A dalam UPSR 2011.
Penghargaan:
PPD Kinta (U)