MEMBIMBING DIRI


RENDAHKAN HATIMU KEPADA MANUSIA,

agar Tuhan meninggikan dARjatmu pada kehidupan sana.

Isnin, 22 Oktober 2012

SEK.KEB.SERI KEPAYANG (1998 - 2008)


APA KHABAR KAWAN-KAWAN YG KUTINGGALKAN DI SK SERI KEPAYANG?


Aku sediakan satu ruang khas dalam blog ini sebagai 'tribute' sekolah ke3 tempat aku mengajar..sekolah yang paling lama dalam sejarah perkhidmatanku..

Terlebih dahulu aku memohon jutaan kemaafan andai coretan aku nanti akan mencuit hati-hati kalian..mencuit hati ada yang terhibur dan teringat kisah lama..dannn...mungkin juga terasa.. tapi aku pasti aku takkan menyebut yang buruk-buruk tentang sekolah lamaku ini...

Nak mulakan dari sebelah mana ya? yang seronok atau yang syahdu...

Baiklah mulakan dengan yang manis-manis dulu... Di sini aku telah mengenali lebih mendalam tentang profesyen perguruan..

Us.fendi, pn umah ram ..mages..mek ganu, alina, mek kelate, kak ton, alina, cik ti kelate, zul
kak idah, tan, aweks karai, adik lin, pn jamaliah, pn hjh azizah, GB Pn faridahnon, kak hajah, kak zemah, adik liza, adik lia,



ustazah asiah, mek ti dan liza


time ni, ibu atau bapa diberi penghargaan untuk menyampaikan hadiah kepada anak sendiri 
yang cemerlang dlm exam..




kelas tahun 6 -2008





dataran perhimpunan 

semua cikgu perempuan ya...


GB, dan YDP PIBG Encik Bakri yang begitu aktif bersama KUNTUM 


kenangan semasa cikgu mazlinda bersanding..kat simpang pulai..

murid-murid yang aku siapkan untuk persembahan boria...
(Ika, ikin)


hari pelantikan watikah pengawas...
bersempit-sempit ngan kete...maklumlah tempat sempit..

persembahan tahun 4 di bawah pimpinan cikgu liza


iti..



Aku penah bertugas di bawah beberapa orang Guru Besar..

1. Pn Hjh Sharifah Fatimah 1998
2. Hj. Othman Arif
3. Hj. Basiron (8 bulan shj)
4. En. Musa (1 hari sahaja kerana kesihatan tidak mengizinkan)
5. Pn. Hjh Kamariah (GB Cemerlang)
6. Pn. Hjh Faridahnon sehingga 2008

Jumaat, 12 Oktober 2012

DIARI SEORANG CIKGU 2012..muhasabah diri 02


Kali ini aku terpanggil untuk mencurah rasa dan cita..bersesuaian dengan tajuk blog aku manis,masam,pahit payau..tentang kehidupan....

SEronok menjadi cikgu.. sekarang, ini sekolahku yang ke 4 ...sekolah aku yang ni besar, ramai murid, banyak kelas.. tahun 4 ada 8 kelas..Kelas aku kelas kelima..murid-muridnya sederhana dan boleh diasuh..
Anak muridku..ku anggap anak.

Kata-kataku adalah ilmu dan nasihat..
terkasar bahasa  atau tersilap tindakan, cepat-cepat aku meminta maaf, walaupun kepada anak muridku yang berumur 10 tahun... kalau murid tak beri salam..aku dulukan salam...
kalau anak murid tak ada buku aku bagi duit aku..tapi aku didik anak muridku kalau meminjam wajib dibayar..tapi jika anak muridku terlupa aku halalkan...

kalau anak muridku tak nampak apa yang dipapan putih aku suruh ke depan... kalau tak jelas, mereka boleh dan mesti bertanya..
kalau marah aku panggil mereka 'bertuah'
atau aku panggil 'sayang' kalau mereka nampak lembam..

yang aku marah kalau saja-saja tak datang sekolah.. tidur lewat dan bangun lewat..
Kalau mereka tak datang, cikgu telefon tanya kenapa...(awal tahun)
Kalau tak datang wajib bagi surat walaupun 2,3 ayat.

Adakalanya cikgu ambil gambar dan video masa anak-anak murid cikgu buat kerja..
Cikgu tau anak murid cikgu seronok...

dan kalau mereka jawab betul aku bagi pujian..bagus, macam tu la... pandai punnnnn..
kalau mereka salah matematik..tak pe..cikgu bagi contoh lagi..
kalau mereka salah bahasa Melayu..ok..buat pembetulan ejaan..3 kali,
kalau salah struktur ayat..betulkan satu ayat penuh...

aku nak mereka dapat..dapat apa ilmu yang aku ajar hari tu..
aku sayang anak muridku.. kelasku 4AS..

mereka faham..1. kelas mesti bersih sebelum cikgu mula mengajar
                       2. kalau masuk ke kelas, cikgu ada dalam, mereka akan bagi salam...
                       3. kalau hari khas, cikgu akan belanja makan.burger otai, roti jem, coklat,  
                           gula-gula atau duit raya.

isi hati cikgu...(sekadar meluahkan perasaan..bukan untuk maksud lain..)
TAPi... cikgu sedih bila cikgu ambil berat tentang kamu..bapa kamu ragu-ragu..
Niat cikgu ikhlas..NAMUN hari itu rasa berat hati untuk sms bapa kamu.. tapi cikgu ambil keputusan untuk ingatkan juga. sebab 15 okt kamu dah mula nak periksa akhir tahun... TAPI.. bapa kamu salah faham.. cikgu sedih.. cikgu mintak maaf jika teguran cikgu menaikkan darah bapa kamu...

CIKGU SAYANG ANAK MURID CIKGU..

Wahai anak-anak cikgu...harap kamu faham keikhlasan cikgu...


11.10 malam klebang R

Ahad, 9 September 2012

MEDAN INDONESIA

sALAM sYAWAL...


2 minggu selepas raya kami bertiga bersiap-siap untuk terbang ke Medan..tiket sudah di booking tahun lepas lagi..jangan tak percaya saya sempat tangkap 3 tiket promosi rm0.10 sen sahaja untuk seorang..Jadi tolonglah kira pergi dan balik untuk 3 orang..hehehe... Almaklumlah tambah tax semua jadi  Rm 249.00 . kira murah lah tukan?

Kami dah penah naik kplterbang tapi kat KLIA..kali ni naik kat LCCT.. Perjalanan bertolak dari Ipoh jam 11.30 menaiki bas shuttle di bercham.. Sampai kat LCCT dalam kul 4 pagi..ingatkan ada masa rehat atau lena kejap.Flightnya kul 7.40pg.. Rupanya proses mengambil tiket dan memeriksan beg agak lama. Prosesnya kejap je tapi orang agak ramai... Warga Indon nak balik kampung..

Proses di airport senang je sebab di negara sendiri dan banyak papan tanda dan tempat bertanya..

Ok..masa yg ditunggu telah tiba...berjalan kaki ke kapal terbang agak menyeronokkan... masing2 bawak beg sandang je.. Atas kapal pun ak je...

Yang ni gambar waktu dah sampai di lapangan terbang bandara Polonia Medan..jam 7.35pg waktu Indonesia..sejuk lagi...Tak sangka kaki telah menjejak tanah Indonesia.. Selamat Pagi Bapak2 Ibu2...

Kami terus ke imegresen dan mengecop pasport..wajah2 pegawai yg mengecop agak serius.. Mana pak Abdi ni..janji tulis nama aku kat depan...Ramainya pak supir yang menu nggu2 pelanggan... Rupa tak kenal, janji pakai baju biru belang putih.. ada 2 ,,3 orang..yang mana satu nih... Semuanya enggak repot2 cari kami....Suamiku dengan teragak2 pergi mengekori yang berbaju bagai dikata... Mau ditelepon nombor indon enggak dibeli lagi..waduh..waduh... bageimana kalau tak ketemu... seorang supir mmbantu menelepon pak abdi dan kamipun ketemu lalu bersalaman..waduh aku juga berslaman...

Pak Abdi membawa kami menaiki innova yg dikenali Kijang disana..Kami dibawa ke kedai makan..sarapannya nasi soto...nasi putih dengan kuah sup bersantan . ayam. ok lah jugak kami pun makan dengan lahapnya...




yang psti di medan kalu berhenti saja walau di depan kedai makan, di lot parkir semuanya perlu dibayar... bila start je enjin mai le entah dari mana datangnya..siap IDR 2000... ada 3000 ada kat brastagi tu IDR 16000..yg tu paling giler... IDR 2000 lebih kurang 70sen je..hehehe..

Tukaran wang kami hari tu RM 33 = IDR 100 000........
RM 2 000 = IDR 6 juta........



wangnya perlu dibawa pak.... tukar dahulu di Msia kerna di Indonesia murah.... Waduh..waduh... jutawan akuuuu...6 juta..


makan tengah hari on the way ke danau toba...lambakan lauk pauk... makan yang mana mau sahaja...kalau sentuh kena kira le... yang lainnya air basuh tangan sorang satu..memang stail depa..kedai kat parapat pun sama.


Parapat ialah salah satu pekan sebelah timur untuk ke pulau samosir.Pulau samosir terletak ditengah2 danau toba.  penduduknya banyak batak toba dan muslim...Pulau samosir terdapat banyak gereja.

Singgah disatu kedai makan..lupa nama restorannya..on the way ke danau toba... nampak lauk macam ambil banyak kan? sebenarnya inilah stail orang seberang..lambak kan semua lauk yang ada..kalau sentuh walau sedikit akan dikira dalam bil..jadikkk...kalau tak berkenan biarkan saja dong... kami makan lebih kurang 3 atau 4 jenis sahaja...waduh..waduh...bil IDR 1 ratus ribu lebih..tapi anggaran 40 ringgit utk 4 org( + supirnya)

Menunya tiada yang ganjil semuanya kena dengan orang kita... kami makan burung goreng(puyuh), sambal pedas tempe ikan bilis, sambal udang dengan sayur lemak pucuk ubi...Biasa je kan? air basuh tangan special setiap orang diberi satu mangkuk kecil..order air teh o yang dipanggil the manis dong..


Pemandangan dihadapan hotel kami... 
sampai sudah di hotel pandu lakeside parapat...Hotel 2 tingkat,kami ditingkat bawah berhadapan danau yang berangin.... airnya tawar dan jernih.  booking online je...mudah,senang,cepat, selamat...... tak mau tidor kat pulau samosir...Petang2 ada orang mandi di hadapan bilik kami..
Boleh relax depan hotel dan terlena dibuai angin bayu danau...







petang sabtu..menunggu supirnya untuk jalan-jalan kawasan berhampiran..... Sim card Indon perlu dibeli untuk kemudahan menelefon supir..Kad amat murah lebih kurang IDR5000 sahaja dan top up nya dipanggil 'pulsa' pun murah juga... bila balik Msia boleh buang saja..




Pemandangan danau dari atas bukit di parapat iaitu berhampiran Hotel Niagara... kata supir hotel ni agak mahal..tapi kalau setakat wang ringgit 150k rasanya biasa yang kami tidur di Msia...
CANTIK, ASYIK...JANGAN DICEMARI DENGAN ASAP...OK..




















Banyak lagi nak citer..nanti sambung ye...

INSYAALLAH  HUJUNG NOVEMBER NI KE JAKARTA BANDUNG PULAK...HEHE,,,

Khamis, 26 Julai 2012

SALAM RAMADAN 2012

SALAM SEMUA.. SALAM BENUA..

SEMOGA DIRI KITA DAPAT MENAMBAH AMALAN DI BULAN YANG MULIA INI. PAHALA BERGANDA WALAUPUN HANYA BERSEDEKAH SEBUAH SENYUMAN...............

Ahad, 27 Mei 2012

KURSUS DI PLGDP SG BULOH







Salam Bahagia untuk semua....


Sebulan telah kulepasi. Mengikuti kursus pemantapan tatabahasa dan strategi dalam P & P. 
Menimba ilmu daripada para ilmuwan IPG Kampus Ipoh.
Para pensyarah yang ingin kudedikasikan ucapan setinggi-tinggi terima kasih iaitu kepada:



1.  Pn. Normah Kamarodzan (ketua)
2. Pn. Habibah Mohd Samin (Munsyi Dewan)
3. Pn. Hasnah Awang
4. Pn. Hjh. Puteh Ahmad
5. Tn. Hj. Mohd Razak  Mohd Nordin
6. En. Abdullah











Tidak lupa kepada rakan-rakan sekursus inginku memohon dihalalkan makan dan minum. Juga ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang menjalani kursus di sana.

PLGDP SG. BULOH, HUTAN MELINTANG PERAK
2 MEI hingga 25 MEI 2012..


Isnin, 16 April 2012

MUHASABAH DIRI

Assalamualaikum...


Salam untuk semua pembaca blog ini...
Tadi pagi pergi melawat sepupu meninggal dunia di Taiping..
Memang aku menggalakkan diri melawat dan berziarah saudara mara yang pergi dulu dari diriku..
Aku cuba mendidik diri dan menasihati rohani tentang dosa pahala yang akan memberi kesan kepada jasad semasa menghadapi mati, serta persiapan berangkat ke alam barzah.  Aku memang muhasabah diri di masa itu dan sesudah balik ke rumah.. Semoga Allah mengabulkan doaku untuk terus mentarbiyahkan diri... Dan menjadi contoh pada anakku dan orang lain... Aku kurang ilmu, aku kurang pengalaman..aku hanya tau berdoa... dan berdoa....


Aku tak mahu bertuhankan hati.. berajakan lidah... 


Aku bersyukur kerana masih berada di hadapan mata ibuku.. Ibu adalah segala-galanya...Aku beruntung dan aku bersyukur..Hidup bersama Ibu penuh keberkatan. Allah sentiasa memuliakan anak yang menjaga ibunya... Lihat wajah ibu pun kita dapat pahala.. Mudahnya... Allah nak bagi pahala pada hambanya..

Suatu perkara yang nampak mudah.. tapi mengotakannya bukan semua orang boleh melakukannya... Bukan diukur dengan UMUR seseorang..tapi diukur dengan ILMU di dada....

Al-Fatihah buat Arwah Kak Rodziah Bt Jalaluddin. SEMOGA ROHMU AMAN DI SANA DICUCURI RAHMAT DARI ALLAH....AMIN
Peringatan untuk diriku dan anda semua...

Rabu, 21 Mac 2012

UCAPAN DARIPADA BONDA










GAMBAR TERKINI






INGIN MENYAMPAIKAN PESANAN BONDA SAYA KEPADA RAKAN-RAKAN  JEMAAH UMRAH 20 FEB 2012 HINGGA 3 MAC 2012 (ROMBONGAN USTAZ HJ MOKHTAR, TASIK, IPOH)


BONDA HAJAH FATIMAH INGIN MERAKAMKAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA RAKAN JEMAAH YANG MEMBANTU BELIAU SEMASA BELIAU TIDAK SIHAT DI MADINAH DAN MEKAH..

BONDA TERLALU TERHARU DI ATAS JASA BAIK DAN PERTOLONGAN RAKAN-RAKAN YANG LAIN MENYUAP MAKANAN DAN MENJAGA KEPERLUANNYA DI SANA.  RAKAN-RAKAN ROMBONGAN MUNGKIN BERADA DI CHEMOR, KEMUNTING DAN IPOH SENDIRI... TERMASUK 2 ORANG DOKTOR YANG MEMBANTUNYA YANG HANYA DIINGATI SEBAGAI DR ISMAIL DAN BONDA TIDAK INGAT NAMA-NAMA RAKAN YANG LAIN MEMANDANGKAN BONDA UZUR DAN BONDA ADALAH JEMAAH YANG PALING BERUSIA.. UMUR BONDA 79 TAHUN..

ALHAMDULILLAH BONDA SEMAKIN SIHAT SETELAH LEBIH 20 HARI DEMAM, BATUK YANG TERUK DAN PENING-PENING.. SEMOGA TUHAN SAHAJA YANG MEMBALAS JASA ANDA SEMUA,.

Isnin, 27 Februari 2012

LADANG ANGGUR EMPANGAN BERIS, SIK KEDAH

MEMENUHI HAJAT KAKAK YANG INGIN MELIHAT LADANG ANGGUR MEMBUAT KAN KAMI MENCECAH KAKI KE SANA SEMALAM (AHAD 26 FEB 2012)..  UNTUK MENUJU KE SANA IKUT ARAH PERJALANAN BERIKUT:

KELUAR TOL GURUN ---->  MENUJU KE ARAH PEKAN GURUN, PEKAN JENIANG DAN TERUS KE SIK...   

NAK CERITA KAMI JUMPA SATU KEDAI CENDOL YANG MENGUJAKAN KAMI UNTUK SINGGAH... KEDAI "CEN" CENDOL PULUT... ADA JUGA DIJUAL MAKANAN PANAS...SEPERTI NASI AYAM YANG BERWARNA JINGGA... CENDOLNYA LAIN DARI YANG BIASA KITA JUMPA DI KUALA KANGSAR... WARNANYA KUNING MACAM WARNA TEK TARIK YANG TAK BERAPA PEKAT... TAPI BAYANGKAN BILA MAKAN PUAS DARI MULA MENCEDOK HINGGA LECIN MANGKUK... MEMANG SEDAP, CUKUP LEMAK, BUKAN MANIS GULA PERLIS, TAPI MANIS GULA KABUNG..CAMPUR PULUT, KACANG MERAH. MEMANG SEDAPPP..




LICIN....




TERUS KE SIK... AWAN LEBIH RENDAH BERCAMPUR KABUS..DEKELILINGI GUNUNG-GUNUNG... SAMPAI KE EMPANGAN BERIS DAN JUMPALAH LADANG ANGGUR TERSEBUT.. AMAT TERUJA NAK MEMETIK ANGGUR.. BAYARAN MASUK RM4 DEWASA DAN RM2 UNTUK KANAK-KANAK.  BILA MASUK DIIRINGI OLEH KAKITANGAN..MUNGKIN TAKUT KITA PETIK ANGGUR... ANGGUR TAK BOLEH DIPETIK, KALAU NAK RASA KENA BELI KAT KEDAI DEPAN..


ANGGURNYA MEMANG MANIS... SATU PAKET RM15, OKLAH UNTUK MEMBASAHKAN MULUT 4 ORANG PELANCONG ASING NI.

SEBOK BERGAMBAR, TERUJA TAK PERLU PERGI AUSTRALIA ATAU NEW ZEALAND NAMPAKNYA.. ORANG MALAYSIA BOLEH PEGANG ANGGUR KAT POKOK DI SINI ATAU DI PERLIS... SELAMAT MELANCONG...











# jika ada pertanyaan lanjut, cadangan atau sebarang komen..sila emel di zieeya@yahoo.com

CUTI SEKOLAH BARU NI PERGI SEMULA MELAWAT LADANG ANGGUR INI... BUAH DAH RANUM.. BAWAK EMAK DAN ANAK SEKALI.. DULU DEPA TAK PEGI...BALIK SINGGAH CENDOL JENIANG LAGI TERUS KE  PEKAN RABU ALOR SETAR DAN KE TANJUNG DAWAI MAKAN IKAN BAKAR..ANAK TAK LEPAS DENGAN LAKSANYA YANG MEMANG SEDAP...









TANJUNG DAWAI KEDAH