MEMBIMBING DIRI


RENDAHKAN HATIMU KEPADA MANUSIA,

agar Tuhan meninggikan dARjatmu pada kehidupan sana.

Ahad, 2 Oktober 2011

PERJALANAN PADA 1 OKT


Semalam sempena hari jadi kononnya, aku ke penang bersama 3 orang yang lain.  hajat di hati nak ke sungai dua pi cari mi udang special pakai timbang. Dengar citer dari kengkawan memang best bunyinya.. try guna gps ingat mudah, tapi dalam gps yang ada nasi dalca sungai dua. tapi terus juga ke sungai dua tiba-tiba nampak satu kedai penuh kereta kat depannya. Mesti ada sesuatu yang ,menarik di sini. rupa-rupanya kedai mid gulai kawah. terus brenti kete. depannya ada kedai mi udang tapi belum bukak lagi. Tempat namanya kampung telok sg 2.

Apalagi aku pi kaut semangkuk gulai kawah daging dan ikan bawal. ikan bawal disini banyak dijual secara goreng panas-panas..Dalam gulai kawah tu ada batang pisang pulak yang dipotong kecil2. Tapi macam pelepah pisang je.. Nak kata umbut pisang agak keras. Mak ambil ikan keli besar dan siti apa lagi sambal belacan. Cik abang ikut je, senang.
Apa lagi campur ulam sepinggan, berpeluh dibuatnya. Pada peminat kari gulai kawah, di sini lah tempat yang perlu dicoba..
Menu lain pun ada, banyakkk......  harga pun ok, 4 orang tak sampai rm 50...Cuba lah


                Yang nampak panjang2 tu pelepah pisang


Balik dari penang singgah Kg Pinang rumah kak..biasalah kalu kemana pun mesti singgah rumah kak, ambik berkat. Pi pulak pasar malam kemunting. Pasar malam ni besar dan aku tak miss kalu mai sini.  Oleh kerana perut tak berapa lapar, kami beli ala kadar saja. Biasa yang aku beli rojak singapura kat sini, dia punya cucur kucai hijauuuuu, sedap.

Sebenarnya kami bertiga pi ke kuala sepetang sebelum ke pasar malam.  tengok2 kalu ada ikan segar baru naik dari laut.  Kami juga melawat kedai mak teh dan mak jah (mi udang) Hujung minggu penuh ngan orang luar je, malas nak berhimpit, berebut tempat terus gi tengok jeti kuala sepetang.. amibik gambik batu penanda akhir KTM iaitu jalan ketapi  pertama di Tanah Melayu, 1885). Semua ni bersejarah. Aku dah berada di area sejak lahir lagi kerana mak orang Matang.




Oooo..cakap pasal matang, nak promote ni sepupu pun ada buka gerai kat depan rumah dia berhampiran mi udang mak teh, tapi gerainya MI REBUS WARISAN  iaitu menggunakan resipi asli mak saudara yang dah tiada. Mak saudara yang kami panggil mak incik juga pernah berniaga menjual mi di kedai kopinya di selekoh, dekat masjid matang. Mi rebus ni tak sama dari segi visual dengan mi rebus ramly. Kuah mi warisan lebih cerah warnanya. (belum ambil gambarnya)


Di matang juga da beberapa lagi yang membuatnya terkenal di mata pelancong seperti kilang arang dan hutan simpan paya bakau.


                                                   Sedikit  gambar untuk tatapan anda.