MEMBIMBING DIRI


RENDAHKAN HATIMU KEPADA MANUSIA,

agar Tuhan meninggikan dARjatmu pada kehidupan sana.

Jumaat, 12 Oktober 2012

DIARI SEORANG CIKGU 2012..muhasabah diri 02


Kali ini aku terpanggil untuk mencurah rasa dan cita..bersesuaian dengan tajuk blog aku manis,masam,pahit payau..tentang kehidupan....

SEronok menjadi cikgu.. sekarang, ini sekolahku yang ke 4 ...sekolah aku yang ni besar, ramai murid, banyak kelas.. tahun 4 ada 8 kelas..Kelas aku kelas kelima..murid-muridnya sederhana dan boleh diasuh..
Anak muridku..ku anggap anak.

Kata-kataku adalah ilmu dan nasihat..
terkasar bahasa  atau tersilap tindakan, cepat-cepat aku meminta maaf, walaupun kepada anak muridku yang berumur 10 tahun... kalau murid tak beri salam..aku dulukan salam...
kalau anak murid tak ada buku aku bagi duit aku..tapi aku didik anak muridku kalau meminjam wajib dibayar..tapi jika anak muridku terlupa aku halalkan...

kalau anak muridku tak nampak apa yang dipapan putih aku suruh ke depan... kalau tak jelas, mereka boleh dan mesti bertanya..
kalau marah aku panggil mereka 'bertuah'
atau aku panggil 'sayang' kalau mereka nampak lembam..

yang aku marah kalau saja-saja tak datang sekolah.. tidur lewat dan bangun lewat..
Kalau mereka tak datang, cikgu telefon tanya kenapa...(awal tahun)
Kalau tak datang wajib bagi surat walaupun 2,3 ayat.

Adakalanya cikgu ambil gambar dan video masa anak-anak murid cikgu buat kerja..
Cikgu tau anak murid cikgu seronok...

dan kalau mereka jawab betul aku bagi pujian..bagus, macam tu la... pandai punnnnn..
kalau mereka salah matematik..tak pe..cikgu bagi contoh lagi..
kalau mereka salah bahasa Melayu..ok..buat pembetulan ejaan..3 kali,
kalau salah struktur ayat..betulkan satu ayat penuh...

aku nak mereka dapat..dapat apa ilmu yang aku ajar hari tu..
aku sayang anak muridku.. kelasku 4AS..

mereka faham..1. kelas mesti bersih sebelum cikgu mula mengajar
                       2. kalau masuk ke kelas, cikgu ada dalam, mereka akan bagi salam...
                       3. kalau hari khas, cikgu akan belanja makan.burger otai, roti jem, coklat,  
                           gula-gula atau duit raya.

isi hati cikgu...(sekadar meluahkan perasaan..bukan untuk maksud lain..)
TAPi... cikgu sedih bila cikgu ambil berat tentang kamu..bapa kamu ragu-ragu..
Niat cikgu ikhlas..NAMUN hari itu rasa berat hati untuk sms bapa kamu.. tapi cikgu ambil keputusan untuk ingatkan juga. sebab 15 okt kamu dah mula nak periksa akhir tahun... TAPI.. bapa kamu salah faham.. cikgu sedih.. cikgu mintak maaf jika teguran cikgu menaikkan darah bapa kamu...

CIKGU SAYANG ANAK MURID CIKGU..

Wahai anak-anak cikgu...harap kamu faham keikhlasan cikgu...


11.10 malam klebang R