MEMBIMBING DIRI


RENDAHKAN HATIMU KEPADA MANUSIA,

agar Tuhan meninggikan dARjatmu pada kehidupan sana.

Ahad, 27 Mei 2012

KURSUS DI PLGDP SG BULOH







Salam Bahagia untuk semua....


Sebulan telah kulepasi. Mengikuti kursus pemantapan tatabahasa dan strategi dalam P & P. 
Menimba ilmu daripada para ilmuwan IPG Kampus Ipoh.
Para pensyarah yang ingin kudedikasikan ucapan setinggi-tinggi terima kasih iaitu kepada:



1.  Pn. Normah Kamarodzan (ketua)
2. Pn. Habibah Mohd Samin (Munsyi Dewan)
3. Pn. Hasnah Awang
4. Pn. Hjh. Puteh Ahmad
5. Tn. Hj. Mohd Razak  Mohd Nordin
6. En. Abdullah











Tidak lupa kepada rakan-rakan sekursus inginku memohon dihalalkan makan dan minum. Juga ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang menjalani kursus di sana.

PLGDP SG. BULOH, HUTAN MELINTANG PERAK
2 MEI hingga 25 MEI 2012..


Isnin, 16 April 2012

MUHASABAH DIRI

Assalamualaikum...


Salam untuk semua pembaca blog ini...
Tadi pagi pergi melawat sepupu meninggal dunia di Taiping..
Memang aku menggalakkan diri melawat dan berziarah saudara mara yang pergi dulu dari diriku..
Aku cuba mendidik diri dan menasihati rohani tentang dosa pahala yang akan memberi kesan kepada jasad semasa menghadapi mati, serta persiapan berangkat ke alam barzah.  Aku memang muhasabah diri di masa itu dan sesudah balik ke rumah.. Semoga Allah mengabulkan doaku untuk terus mentarbiyahkan diri... Dan menjadi contoh pada anakku dan orang lain... Aku kurang ilmu, aku kurang pengalaman..aku hanya tau berdoa... dan berdoa....


Aku tak mahu bertuhankan hati.. berajakan lidah... 


Aku bersyukur kerana masih berada di hadapan mata ibuku.. Ibu adalah segala-galanya...Aku beruntung dan aku bersyukur..Hidup bersama Ibu penuh keberkatan. Allah sentiasa memuliakan anak yang menjaga ibunya... Lihat wajah ibu pun kita dapat pahala.. Mudahnya... Allah nak bagi pahala pada hambanya..

Suatu perkara yang nampak mudah.. tapi mengotakannya bukan semua orang boleh melakukannya... Bukan diukur dengan UMUR seseorang..tapi diukur dengan ILMU di dada....

Al-Fatihah buat Arwah Kak Rodziah Bt Jalaluddin. SEMOGA ROHMU AMAN DI SANA DICUCURI RAHMAT DARI ALLAH....AMIN
Peringatan untuk diriku dan anda semua...

Rabu, 21 Mac 2012

UCAPAN DARIPADA BONDA










GAMBAR TERKINI






INGIN MENYAMPAIKAN PESANAN BONDA SAYA KEPADA RAKAN-RAKAN  JEMAAH UMRAH 20 FEB 2012 HINGGA 3 MAC 2012 (ROMBONGAN USTAZ HJ MOKHTAR, TASIK, IPOH)


BONDA HAJAH FATIMAH INGIN MERAKAMKAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA RAKAN JEMAAH YANG MEMBANTU BELIAU SEMASA BELIAU TIDAK SIHAT DI MADINAH DAN MEKAH..

BONDA TERLALU TERHARU DI ATAS JASA BAIK DAN PERTOLONGAN RAKAN-RAKAN YANG LAIN MENYUAP MAKANAN DAN MENJAGA KEPERLUANNYA DI SANA.  RAKAN-RAKAN ROMBONGAN MUNGKIN BERADA DI CHEMOR, KEMUNTING DAN IPOH SENDIRI... TERMASUK 2 ORANG DOKTOR YANG MEMBANTUNYA YANG HANYA DIINGATI SEBAGAI DR ISMAIL DAN BONDA TIDAK INGAT NAMA-NAMA RAKAN YANG LAIN MEMANDANGKAN BONDA UZUR DAN BONDA ADALAH JEMAAH YANG PALING BERUSIA.. UMUR BONDA 79 TAHUN..

ALHAMDULILLAH BONDA SEMAKIN SIHAT SETELAH LEBIH 20 HARI DEMAM, BATUK YANG TERUK DAN PENING-PENING.. SEMOGA TUHAN SAHAJA YANG MEMBALAS JASA ANDA SEMUA,.

Isnin, 27 Februari 2012

LADANG ANGGUR EMPANGAN BERIS, SIK KEDAH

MEMENUHI HAJAT KAKAK YANG INGIN MELIHAT LADANG ANGGUR MEMBUAT KAN KAMI MENCECAH KAKI KE SANA SEMALAM (AHAD 26 FEB 2012)..  UNTUK MENUJU KE SANA IKUT ARAH PERJALANAN BERIKUT:

KELUAR TOL GURUN ---->  MENUJU KE ARAH PEKAN GURUN, PEKAN JENIANG DAN TERUS KE SIK...   

NAK CERITA KAMI JUMPA SATU KEDAI CENDOL YANG MENGUJAKAN KAMI UNTUK SINGGAH... KEDAI "CEN" CENDOL PULUT... ADA JUGA DIJUAL MAKANAN PANAS...SEPERTI NASI AYAM YANG BERWARNA JINGGA... CENDOLNYA LAIN DARI YANG BIASA KITA JUMPA DI KUALA KANGSAR... WARNANYA KUNING MACAM WARNA TEK TARIK YANG TAK BERAPA PEKAT... TAPI BAYANGKAN BILA MAKAN PUAS DARI MULA MENCEDOK HINGGA LECIN MANGKUK... MEMANG SEDAP, CUKUP LEMAK, BUKAN MANIS GULA PERLIS, TAPI MANIS GULA KABUNG..CAMPUR PULUT, KACANG MERAH. MEMANG SEDAPPP..




LICIN....




TERUS KE SIK... AWAN LEBIH RENDAH BERCAMPUR KABUS..DEKELILINGI GUNUNG-GUNUNG... SAMPAI KE EMPANGAN BERIS DAN JUMPALAH LADANG ANGGUR TERSEBUT.. AMAT TERUJA NAK MEMETIK ANGGUR.. BAYARAN MASUK RM4 DEWASA DAN RM2 UNTUK KANAK-KANAK.  BILA MASUK DIIRINGI OLEH KAKITANGAN..MUNGKIN TAKUT KITA PETIK ANGGUR... ANGGUR TAK BOLEH DIPETIK, KALAU NAK RASA KENA BELI KAT KEDAI DEPAN..


ANGGURNYA MEMANG MANIS... SATU PAKET RM15, OKLAH UNTUK MEMBASAHKAN MULUT 4 ORANG PELANCONG ASING NI.

SEBOK BERGAMBAR, TERUJA TAK PERLU PERGI AUSTRALIA ATAU NEW ZEALAND NAMPAKNYA.. ORANG MALAYSIA BOLEH PEGANG ANGGUR KAT POKOK DI SINI ATAU DI PERLIS... SELAMAT MELANCONG...











# jika ada pertanyaan lanjut, cadangan atau sebarang komen..sila emel di zieeya@yahoo.com

CUTI SEKOLAH BARU NI PERGI SEMULA MELAWAT LADANG ANGGUR INI... BUAH DAH RANUM.. BAWAK EMAK DAN ANAK SEKALI.. DULU DEPA TAK PEGI...BALIK SINGGAH CENDOL JENIANG LAGI TERUS KE  PEKAN RABU ALOR SETAR DAN KE TANJUNG DAWAI MAKAN IKAN BAKAR..ANAK TAK LEPAS DENGAN LAKSANYA YANG MEMANG SEDAP...









TANJUNG DAWAI KEDAH

Ahad, 19 Februari 2012

I AM NOT A POLITICIAN

Mintak maaf  tersalah kata atau terasa.....


Terpahat di dada baju logo 1 Malaysia.. Bersyukur kerana  untuk si pemakai melambangkan diri penyokong keharmonian kaum.. Kalau bangsanya bangsa Melayu, maka pelengkapnya kaum yang lain.. Inikan kaum sendiri dipandang tapi tidak dipandang...  Inggeris penjajah dulu dan kini dialu-alukan pula. 

Bila berkumpul bersama puak sendiri.. Baju berjenama 1, berbaju melayu, bersongkok tinggi, bersamping lain corak dari orang lain,  Berbaju  dan bertudung aneka corak (harga tak tanya). laki perempuan semua bergaya-gaya. dunia macam "ana yang punya" atau "dunia kami , kami punya"... apa tu?  ... inikah puak-puak insan yang layak bergelar pemimpin. Yang patut disegani... 

Orang lalu lalang tidak diendah, apa lagi dihormati. Bukan perlu tunduk.. cuma bagi laluan.. itu sahaja.. teruskan aktiviti anda.....

SEBAIKNYA BILA ADA PERJUMPAAN, MESYUARAT...  Selit-selitkan agenda moral diri ahli... bukan hanya nak menakluk peti undi... undi dapat moral hilang... yang nak dibawa ke liang lahad adalah moral bukan banyaknya kotak..

Nasihatkan ahli macam bapak nasihat anak-anak... 
Anak-anak...tunjukkan perangai yang baik, biar orang undi sebab akhlak murni..bukan orang undi pasal poket berisi... yang dikedai makan dan dikedai kopi ketawa terbahak-bahak, seronok dari mula sampai berpisah.... orang keliling tak dipeduli.  Apa nak jadi...


Apa  yang Insan kerdil nampak

PAYAU LIDAHKU..

AKU TELAH KEMBALI...




PINTU INI TELAH KUPILIH....
BAYANG DALAMNYA ADA SUNGAI MANIS WALAU TAK SEMANIS  COKLAT SUSU
DALAMNYA SEJUK, SYAHDU,,,, BERBUAI
RENDANG REDUP DUNIA KAMI




JALAN INI  TELAH KU PILIH
SUNGAI SUDAH MENGALIR LESU
BERLENGKOK-LENGKOK  IKUT MANA LEMBUTNYA TANAH
BULUH TUA  LEMANG PUN TAK INGIN..KERAS






ANDAI JALAN INI SUDAH MATI...
AKU AKAN...
LALUI BANIR.. PIJAK DURI-DURI  SEBELUM MATI

Selasa, 20 Disember 2011

CABLE CAR LANGKAWI

BAGAIMANA KE SANA..

1. MENYEWA KERETA  (PERSONA RM70 SEHARI) DARI PEKAN KUAH / JETI KE ARAH PADANG MATSIRAT (AIRPORT) MENUJU KE TELUK BURAU. PERJALANAN LEBIH KURANG 20 KM.

2. PARKING KERETA DI TEMPAT YG DISEDIAKAN. WALAUPUN CUTI SEKOLAH, TEMPAT PARKING CUKUP. TEMPAT LETAK KERETA BETUL-BETUL BERADA  DI HADAPAN PINTU MASUK UTAMA.

3. MASUK DAN BERJALAN TERUS HINGGA KE BAHAGIAN KIRI KAWASAN KEDAI2.  ANDA AKAN JUMPA KAUNTER TIKET. BERBARIS AGAK PANJANG MENGIKUT KEADAAN ANGIN DI PUNCAK GUNUNG.  JIKA ANGIN KENCANG KERETA KABEL (gondola) DIBERHENTIKAN DAN JUGA KAUNTER TIKET DITUTUP SEMENTARA. BERATURLAH ANDA WALAU DI BAWAH PANAS TERIK. JIKA KEADAAN ANGIN OK, KAUNTER DIBUKA SEMULA. HARGA TIKET RM 15 DEWASA DAN RM13 KANAK-KANAK. JIKA TIKET KABEL DIBELI DI JETI, ANDA JUGA PERLU BERATUR MENGAMBIL KAD PAS MASUK.  KALAU IKUT KATA MANIS AGEN DIJETI ANDA BOLEH TERUS NAIK KERETA KABEL TANPA BERATUR.. ITU LAH JANJI MANIS UTK MENIPU...

4. SETELAH ADA TIKET ANDA PERLU BERRATUR DI LALUAN LAIN YG BERADA DISEBELAH UNTUK MENAIKI KERETA KABEL.. JIKA CUTI SEKOLAH BARISANNYA JADI SEPERTI ULAR KENA PALU DEKAT 7 ATAU 8 LENGKOR... DAN SEHINGGA GILIRAN ANDA SAMPAI ANDA BOLEH BERGAMBAR BERLATARBELAKANGKAN GUNUNG DAN BERBUAL DENGAN PELANCONG LAIN.. (KALAU PERAMAH).

5. JIKA ANDA MEMBAWA WARGA EMAS, ANDA BOLEH MELALUI LALUAN EKSPRES. MUNGKIN DAPAT NAIK CEPAT. JADI..BAWALAH IBU, BAPA , DATUK DAN NENEK ANDA YA.. BERSEDIA UNTUK MENAIKI KERETA KABEL YANG SEDANG BERGERAK.. TIDAK PERLU TERGOPOH-GOPOH.. SEMPAT NAIK... MUAT UNTUK 6 ORANG SAHAJA.. DAN BERSEDIALAH UNTUK DIAMBIL GAMBAR... (HARGA RM 35, SIAP WAKTU ANDA TURUN NANTI, TAK BELI PUN TAK MENGAPA)

6. ANDA SEKARANG BOLEHLAH MERASAI KESERONOKAN DAN KEGAYATAN BERADA DI UDARA..HEEEEE..... KECUT JUGA BILA BUNYI ANGIN MELANDA. ANDA BOLEH BERHENTI DI TINGKAT PERTAMA UNTUK MENAIKI JAMBATAN MELENGKUNG (CURVE). JAMBATAN INI BERGOYANG...DAN NAIK KABEL SEMULA KE TINGKAT PALING TINGGI...SEJUK MACAM KAT CAMERON. KAT ATAS ADA GERAI KECIL BAGI YANG LAPAR TAPI HARGA BERTAMBAH BERBANDING DIBAWAH. AIS KRIM SATU SKOP RM2, BURGER RM4 DAN MINERAL KECIL RM2... HARGA PADA DISEMBER 2011.  BILA SUDAH PUAS MELAWAT DI ATAS, ANDA BOLEH TURUN KEMBALI, WAKTU TURUN BEST.. LAJU..GAYAT DAH HILANG.. SELAMAT MELANCONG...

pintu masuk utama


beratur membeli tiket, dibelakang ialah kabel



nak masuk ke gondola

mula bergerak



jambatan gantung

beratur untuk turun



Isnin, 12 Disember 2011

PERKAHWINAN ANA DAHLIA DAN CHEF RIZ

Malam tadi kami puak-puak dan juak-juak taiping menghadiri kenduri majlis perkahwinan anak sedara kami diana dengan nadzri yang berlangsung di tingkat 3 bangunan kamalbina. walaupun hujan namun majlis tetap panas dengan kesibukan tak menang duduk masing-masing bergambar dengan insan2 popular. termasuk jugak teman yang dah berusia ini. bukan apa nak memeriah dan menyibukkan lagi keadaan semasa... malam tu macam bursa saham le... 

Di bawah teman paparkan sekali gambar2 yg sempat diambil.. anak teman yakin... jadi kemera women.. semua sebuk dan ceria bebeno termasuk lah.. tok tam.. Semasa upacara merenjis abg jaapaq, bapa pengantin perempuan menadah tangan dan diaminkan oleh diyana dan nadzri, tentunya supaya rumahtangga anaknya diberkati dan berkekalan. Pakaian..keluarga pengantin perempuan berwajah hijau muda dan sebelah nadzri berwajah biru lembut.. ramai keluarga pengantin lelaki yang hadir termasuklah rombongan sebelah adik iparnya.. mem2 dari seberang laut... Sempatlah  tengok bapa pengantin lelaki dancing ngan mem2  tu.  Nak puji makanan memang sedap dan kami semua berpuas hati..masing2 balik kekenyangan... 






KAMI MENDOAKAN AGAR HIDUP KALIAN DIBERKATI DUNIA DAN AKHIRAT.












Isnin, 5 Disember 2011

PERTAMAKALI NAIK KERETAPI

Agaknya dah berusia ni..aku lupa yang anakku belum pernah naik keretapi..yang asyik naik aku je..he..he... oklah inilah pengalaman balik dari Kuala Lumpur. Pergi naik bas. Tambang bas ke KL hoi..mahalnya sekarang RM17.00. Tikat keretapi biasa pulak RM22. yang ekspres lebih la lagi.  Sampai di Kl Sentral jam 5 ptg . Konon2 nak beli tiket jam yang terhampir. Yang ada hanya 9.20 mLm. Hai kena tunggu lama ni...jenuh dah berpusing. mujur ada pulak masa tu program 15 hour extreme tajaan minuman mountain dew. pengacaranya tak tau nama tapi satu lelaki kacukan yang mengacarakan program jalan2 ke new zealand (sekarang). Kami pun interframe dlm camera depa... makan...macam2 dah telan.. Tunggu je la... 

Dalam ketapi agak ramai penumpang, maklumlah cuti sekolah... sejukk la pulak..Siti keluarkan shawl yang baru dibelinya untuk dijadikan selimut... ibu tumpang paha siti letak kaki... pahala.  Tidur tak lena ingat nak sampai rumah je. sampai Ipoh kul 1 pagi... Sampai2 pak cik tak sembol lagi...mancing ke? berserabut kepala ni.. sabo je la..

akan datang nak cuba gi lebih jauh boleh sewa katil..he..he..

sekadar berkongsi..bukan naik ketapi ni..


Tapi yang di bawah ni..