MEMBIMBING DIRI


RENDAHKAN HATIMU KEPADA MANUSIA,

agar Tuhan meninggikan dARjatmu pada kehidupan sana.

Sabtu, 15 Oktober 2011

SUKAN TAHUNAN EDISI KE 8


TUALANG  BELAKANG,  KAKITANGAN, URAT SARAF RUMAH HIJAU SEDANG MEMBINCANGKAN HALATUJU KAMI, WHILE  OUR KETUA RUMAH MENCARI DANA . TQ



ULAT NAIK DAUNNNN..


MAMA  ULAT


SUSI, OUR MANAGER. TERSENYUM PUAS.  CONGRATULATION RUMAH TERCANTIK.


KAK ZORA MENANG ACARA... ACARA.. NENGOK2....


BERSAMA PUTERI PERAK ANAK KEDAH




2 X.. DULU PUN AKU BESAR JARI KELINGKING JE...

Jumaat, 14 Oktober 2011

HARI JADI SAMA...1 okt

TODAY HARIJADIKU...

 ISTIMEWA KERANA HARI INI JUGA HARI WARGA EMAS. SELAMAT HARI ULANGTAHUN UNTUK SEMUA WARGA EMAS TERUTAMA EMAK TERSAYANG, ABANG KAMA, ABANG SAA, ABANG AN DAN KAK NAH. RAMAI AHLI KELUARGA DAH JADI EMAS...

AKU TAK PENAH BUAT SAMBUTAN HARIJADI SEHINGGALAH TAHUN 2010 AKU DIKEJUTKAN DENGAN SEBIJI KEK DARIPADA ANAK-ANAK MURID 6AG. TAPI YANG IKHLAS MENYUMBANGKAN  KEK ADALAH NAJMUDIN. TQ NAJ.
AKU SEBENARNYA TAK SUKA RAIKAN HARI JADI SENDIRI. TAPI AKU SUKA BUAT UNTUK ORANG LAIN. UNTUK MAK, ANAK DAN SUAMI.
PADA AKU RAI KE TIDAK UMUR TETAP BERTAMBAH DAN BERTAMBAH.
TAPI HARI INI "DALAM HATI ADA BUNGA" .


BAGI TAHUN 2011 PULA.......
RASA NAK CERIAKAN HARI INI...LEBIH DARI SELALU..NAK BUAT APA YE? 


sape lagi yang sama birthday ya...
HASLINDA SHAMSUDIN, (LIN)




NUR FATIN LIYANA AND ME!  YOUUUUU...THANK YOU


CAKES SPONSORED BY HER FAMILY...
I SPONSORED PIRING JE....HE..HE...

TERIMAKASIH BANYAK2 DIUCAPKAN KPD ANAKANDA FATIN LIYANA DAN KELUARGA YANG BERSUSAH PAYAH MENYEDIAKAN 2 BIJI KEK YANG DIBAWAK MAI DARI KEDAH NUN...DAN JAJAN KEPADA KAWAN2 DALAM KELAS 6 RAZI. 

CIKGU TUMPANG GEMBIRA MERAIKAN ULANGTAHUN KELAHIRAN FATIN YANG KE 12.  IC DAH BUAT KE?


KAMI JUGA BERASA BERTUAH DI ATAS  KEHADIRAN:

TUAN GURU BESAR yang kami hormati
PK PENTADBIRAN yang kami sanjungi
cikgu shida dari sri klebang
cikgu zam @ homestay klebang ria
cikgu  shamala @ tuition teacher
cikgu teejah @ rozita...sape tak kenal? ada berani?
cikgu hanim @ ketua pemeriksan kertas upsr
serta
murid-murid yang hadir pada hari ITU sahaja..


SELAMAT HARI JADI.. MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA SEMOGA KITA SEMUA DIKUATKAN IMAN..SIHAT TUBUH BADAN SERTA EMOSI DALAM MENERUSKAN KEHIDUPAN SEBAGAI PENGEMBARA  DI  DUNIA  YANG PENUH PENCAROBA INI SEBAGAI PERSEDIAAN MENGHADAPI KEHIDUPAN YANG KEKAL NANTI...

Khamis, 13 Oktober 2011

SUDOKU ( SUE-DO-KOO)







 Inilah hobi baru akak waktu lapang...


Permainan seperti sudoku sudah dikenal sejak tahun 1979 di majalah Dell Magazines dengan nama Number Place. Permainan ini direka oleh Howard Grans. Permainan ini dikenali di Jepun  pada tahun 1984, dimuat di Majalah Bulanan Nikoli, dengan nama Suuji Wa Dokushin Kagiru. Selanjutnya puzzle ini dikenal sebagai Su-Doku (orang Jepun memang biasa menyingkat2 nama).
Tahun 2004, permainan ini mulai diperkenalkan di London, dan diterbitkan pertama kali di The Times, 12 November 2004, tetap menggunakan nama Sudoku.
Sejak saat itu permainan Sudoku tersebar ke seluruh dunia dan menjadi booming di mana-mana. Sayang sekali, Howard Grans sebagai penemunya tidak sempat melihat populernya permainan ini, karena ia sudah meninggal sejak tahun 1989.
Sumber : Wikipedia



Kebaikan sudoku :

1. dapat menguji kepantasan otak berfikir
2. dapat menguji kecekapan mata melihat
3. dapat menguji tahap kesabaran (kalu main gopoh2 musti silap isi kotak..)
4. Kalu tensen2 buat keje, blh stop kejap, layan sudoku..layan kot..
5. Game ni main dengan cara yg senyap..so xde la nak menggangu org laen kan 
6. rasa puas sangat kalu dapat siapkan satu game tu...!

kalau boleh..catat masa, tengok berapa cepat kita dapat selesaikan.  Mulakan dengan tahap easy, medium seterusnya difficult..

Isnin, 10 Oktober 2011

25 KELEBIHAN SOLAT


Rasulullah SAW bersabda solat adalah:
  1. Solat itu adalah keredhaan Allah SWT.
  2. Dikasihi oleh para Malaikat.
  3. Jalan para ambiya’
  4. Nur Ma’rifat.
  5. Asal Iman.
  6. Diperkenankan doa.
  7. Dikabulkan segala amalnya.
  8. Berkat pada rezekinya.
  9. Kesenangan pada badannya.
  10. Senjata atas musuhnya.
  11. Kebencian bagi syaitan.
  12. Shafaat pada teman dan Malikul Maut.
  13. Pelita dalam Kubur.
  14. Hamparan pada tempat duduknya.
  15. Penjawab kepada Mungkar dan Nangkir.
  16. Menjinakkan pada taulan dan Penziarah kepada kubur kita sehingga hari Qiamat.
Solat pada hari Qiamat adalah:
  1. Memayung di atas kepalanya.
  2. Mahkota di atas kepalanya.
  3. Pakaian yang menutupi tubuhnya.
  4. Cahaya yang bersinar pada tangannya.
  5. Perisai daripada api neraka.
  6. Hujjah kepada orang Mukmin di hadapan Allah Azzawajal.
  7. Memberat timbangannya.
  8. Menemaninya di atas Sirat Mustaqim.
  9. Anak kunci kepada Syurga kerana pada solat terdapat tasbih, tahmid, taqdis, ta’zim, qiraat dan doa.

HANYA ALLAH TEMPAT MENGADU.

Kongsi maklumat untuk diri sendiri dan anda..

Cukuplah Hanya Allah Hati Bergantung dan Berserah Diri

Oleh Cikgu
Tidak ada gunanya kita mengadu dan bersedih hati, bila kita diuji Allah. Kerana orang-orang yang beriman hanya bersedih bila Allah tidak memandangnya lagi, selagi ada pandangan Allah pada kita, maka syukurilah dengan ujian itu. Itu petanda bahawa Dia amat mengambil berat akan diri kita. Tidak bermakna hilang kasih manusia itu, hilang selamanya. Mungkin ada kasih yang lebih hebat menanti di persada cinta hakiki, yang tidak pernah kita bayangkan di mata dan tidak pula pernah kita kecapinya di kalbu.

 Tapi ya Allah, insan lemah seperti kami ini amat sukar meninggalkan cinta fatamorgana hinggalah pelangi indah berlalu menghiris dan menghimpit ruang rindu sampai tiada lagi perasaan yang mampu menandingi cinta baru-cinta dunia yang wujud seusai sepah yang dicampak jauh ke dasar lautan. Kami memerlukan kekuatan dariMu tatkala melepaskan pemergian pelangi menjauhi memori perjalanan cinta fatamorgana. Kami memerlukan kekuatanMu Ya Ilahi.

 Kami benar2 ingin mendekatiMu ya Rabb, sedekat-dekatnya. Kami ingin hanya Dikau menjadi tumpuan cinta kami, kami ingin rasa itu menjadi fitrah, mengasihimu setulusnya ya Allah, sedalam-dalamnya. Maka dalam munajat  kami ini ya Allah kami mengadu hanya padaMu kami mohon setitis kasihMu agar Kau sudi menerima tatkala kami datang dekat padaMu, agar Kau sentiasa mengasihi kami.  Dengarkanlah rasa hati kami ya rabbul Jalal.

 Apalah harga dunia jika ditimbangkan dengan setitik kasih sayangMu ya Allah. Hilang nikmat dunia bila datang setitis rahmat dariMu ya Allah. Lebur seluruh dunia, tenggelam dalam cintaMu ya Allah. Teguhkanlah ya Allah cinta kami terhadapMu kerana Kaulah satu-satunya cinta hakiki yang mampu memberikan kami satu episod perjalanan yang sentiasa tenang dan damai,  mohon izinkan hati kami sentiasa terpaut padaMu ya Allah walau kami sering lalai mengungkapkan rasa kasih cinta abadi padaMu ya Allah.  

 Ayat-ayat cinta yang sukar amat kami persembahkan padaMu ya Allah tersemat di jiwa namun bibir kami seakan sukar mengucapkannya kerana rapuhnya iman kami ini ya Allah walau kasih kami padaMu ya Allah merangkumi sepenuh hati kami.  Kami tumpahkan cinta ini hanya padaMu seikhlas dan sejujurnya, kami ingin mendekati diriMu ya Allah sedekat mungkin dan kami amat menyintaiMu ya Allah setulus sehalusnya. Moga hadir nanti insan2 yang mendekati kami kerana kelimpahan kasih kami dan mereka padaMu ya Allah.  Moga hadirnya cinta dalam diri-diri kami sesama insan kelak datang dari keikhlasan cinta kami padaMu ya Allah, moga Kau sudi bila kami ingin dekat dengan diriMu ya Allah.. moga kami menjadi  perantara tumpahnya kasih Allah pada mereka yang kami kasihi…
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang. (Surah Maryam ayat 19).
 Hasbunalla wanikmal wakil, nikmal maulana waanikman nashir,
 bila hati gelisah, tak tenang, tak tenteram, bila hatimu goyah, terluka, merana, jauhkan hati ini dari Tuhan dari Allah, hilangkah dalam hati dzikirku, imanku? Hanya dengan Allah hatimu akan tenang.  Dengan mengingat Allah hilanglah segala kegelisahan.  Cukuplah hanya Allah.  Hati bergantung dan berserah diri – Opick: Kembali Pada Allah
 Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.
Allah tahu 1-216

Ahad, 2 Oktober 2011

PERJALANAN PADA 1 OKT


Semalam sempena hari jadi kononnya, aku ke penang bersama 3 orang yang lain.  hajat di hati nak ke sungai dua pi cari mi udang special pakai timbang. Dengar citer dari kengkawan memang best bunyinya.. try guna gps ingat mudah, tapi dalam gps yang ada nasi dalca sungai dua. tapi terus juga ke sungai dua tiba-tiba nampak satu kedai penuh kereta kat depannya. Mesti ada sesuatu yang ,menarik di sini. rupa-rupanya kedai mid gulai kawah. terus brenti kete. depannya ada kedai mi udang tapi belum bukak lagi. Tempat namanya kampung telok sg 2.

Apalagi aku pi kaut semangkuk gulai kawah daging dan ikan bawal. ikan bawal disini banyak dijual secara goreng panas-panas..Dalam gulai kawah tu ada batang pisang pulak yang dipotong kecil2. Tapi macam pelepah pisang je.. Nak kata umbut pisang agak keras. Mak ambil ikan keli besar dan siti apa lagi sambal belacan. Cik abang ikut je, senang.
Apa lagi campur ulam sepinggan, berpeluh dibuatnya. Pada peminat kari gulai kawah, di sini lah tempat yang perlu dicoba..
Menu lain pun ada, banyakkk......  harga pun ok, 4 orang tak sampai rm 50...Cuba lah


                Yang nampak panjang2 tu pelepah pisang


Balik dari penang singgah Kg Pinang rumah kak..biasalah kalu kemana pun mesti singgah rumah kak, ambik berkat. Pi pulak pasar malam kemunting. Pasar malam ni besar dan aku tak miss kalu mai sini.  Oleh kerana perut tak berapa lapar, kami beli ala kadar saja. Biasa yang aku beli rojak singapura kat sini, dia punya cucur kucai hijauuuuu, sedap.

Sebenarnya kami bertiga pi ke kuala sepetang sebelum ke pasar malam.  tengok2 kalu ada ikan segar baru naik dari laut.  Kami juga melawat kedai mak teh dan mak jah (mi udang) Hujung minggu penuh ngan orang luar je, malas nak berhimpit, berebut tempat terus gi tengok jeti kuala sepetang.. amibik gambik batu penanda akhir KTM iaitu jalan ketapi  pertama di Tanah Melayu, 1885). Semua ni bersejarah. Aku dah berada di area sejak lahir lagi kerana mak orang Matang.




Oooo..cakap pasal matang, nak promote ni sepupu pun ada buka gerai kat depan rumah dia berhampiran mi udang mak teh, tapi gerainya MI REBUS WARISAN  iaitu menggunakan resipi asli mak saudara yang dah tiada. Mak saudara yang kami panggil mak incik juga pernah berniaga menjual mi di kedai kopinya di selekoh, dekat masjid matang. Mi rebus ni tak sama dari segi visual dengan mi rebus ramly. Kuah mi warisan lebih cerah warnanya. (belum ambil gambarnya)


Di matang juga da beberapa lagi yang membuatnya terkenal di mata pelancong seperti kilang arang dan hutan simpan paya bakau.


                                                   Sedikit  gambar untuk tatapan anda.




Jumaat, 23 September 2011

Bulan Kemerdekaan vs Jamuan Raya Sekolah


merdeka...merdeka...

cikgu..leka..

sumbangan ikhlas untuk anak-anak bangsaku...

Barisan kerahan tenaga yang setia bertugas.

Posing tetap posing..ehh.. semua nampak KURUS lah.. minum Jus mate 4 ke?

AGAQ-AGAQ NI SAMA NGAN BAJU I... SAMA KAN?
KELUARGA PALING GLAMOUR BERGAYA DI HARI RAYA

PAKAIAN PALING SENSASI..

SI PEMAKAI SARI..

KIUT...

DHOTI MODEN.. SPECIAL!


SIAPA LAGI.....? Selamat Hari Merdeka ke 54

Kuucapkan selamat hari kemerdekaan dan hari Malaysia
kepada semua anak-anak bangsaku yang tercinta.
Semoga negarku terus aman makmur dan berdaulat hingga akhirnya..
Sama-samalah kita mendidik anak-anak dengan nilai agama dan moral agar seiring dengan kejayaan akademik mereka. 
Generasi hari ini adalah penentu kemajuan dan keruntuhan negara pada masa hadapan.

Isnin, 19 September 2011

Raya Rumah Tini..

 Bekas kuih tu tupperware tau Un..angin tak masuk!
Bulat itu adil ..semua rasa... tak lebih tak kurang..



Perkataan pertama akak.....fuyooo...
Hmmm..ada citerasa...ada semangat...ada kuasa...aura purple open house tahun ni ye?

Tentu nak tahu menu...
Mi/Laksa Pangkor , Laksa Utara, nasi merah, pencuci mulut dan macam-macam lagi.
Semua kak makan, tuan rumah jangan kecik hati ya. lepas sampai kebetulan member bertuah lain pun sampai iaitu Ida, Ri sekeluarga, Un, Hasnan sekeluarga serta Noriah, abang... dan nisa. noriah tak bagi tau pun nama abang dia...

Layanan tuan rumah hebat, kak dan para tetamu takkan lupa sampai bila-bila..  Terimakasih di atas jemputan. Cuma akak terkilan sikit anak akak tak dapat turut serta walaupun dia habis-habisan nak pegi rumah Cikgu Tini.

(p/s: Tini, kak paparkan gambo rumah Tini ni, kalu Tini marah telefon kak ya, jgn malu-malu)

Teddy bear beso




Lin cool je...


Kelakar...memang kelakar...  Bila masuk je rumah Lia aku ternampak bear yang beso ni. lepas salam2 dan bertanya kabo aku pun sambo bear ni dan keluarkan kamera...habis semua ketawa.. Layan...

Bukan senang nak jumpa teddy bear beso macam ni.. harga pun mahal. Suami Lia beli dah lama harga nya pun hampir rm100. mak datok..apa lagi..posing la maksu, ajak hanis ngan siti , cover line.. Rupanya ada 2 ekor kucing parsi kat rumah ni. ada dalam bilik ayo..memang tak bagi keluar. Kalau keluar maksu ambik gambo juga..

Lepas makan mi goreng ngan kuih (sedap2 belako) sembang2 panjang kami pun balik dalam hujan renyai2 dekat maghrib. Pergi pun lewat lepas upsr hari terakhir  habis.

Thank you Lia, sham dan boys sebab layan maksu..

Isnin, 12 September 2011

UPSR ESOK...

SALAM UNTUK SEMUA ANAK-ANAK CIKGU.

DIDOAKAN SEMOGA :

  • DAPAT MENJAWAB SOALAN DENGAN LANCAR.
  • SIHAT WALAFIAT TANPA ADA MASALAH.
  • IDEA DATANG MENCURAH-CURAH.
  • MENDAPAT KEPUTUSAN PALING CEMERLANG...
  • TAWAKKAL PADA ALLAH.


TAHUN .....

2009 - 29 ORANG
2010 - 32 ORANG
2011 - 46 ORANG  INSYAALAH



CALON UPSR 2011


KENYATAANNYA....



31 -5A
40 - 4A1B    SYABAS.....

TAHUN DEPAN AKU TAK BERGELUT DENGAN TAHUN 6 LAGI....BYE..

Ahad, 11 September 2011

OPEN HOUSE RUMAH ANGAH (CIKGU SUHAIDA)

Bersama Along Junior..

menantu contoh..

Happy birthday untuk Kak Leha, angah dan syafiq...16 Sept


Emak-emak kepada menantu-menantu









Sabtu, 10 September 2011

LAKSA KUALA KANGSAR (laksa pak ngah)

LAKSA +CUCUR   SERTA ABC SPECIAL...
Tengok gambar pasti terliur...

LAKSA PALING SPECIAL DI KUALA KANGSAR, PERAK IALAH LAKSA PAK NGAH.  SETELAH PAK NGAH DAH TIADA KINI DIKENDALI OLEH MAN ATAU MAN LAKSA. YA, ADA FILEM BERJUDUL MAN LAKSA DIFILEMKAN DI KK JUGA.

DIPADANKAN DENGAN ABC SPECIAL ADA AIS KRIM MEMBUATKAN SESIAPA YG MENJAMAHNYA KENYANG DAN PUAS..

AKU SELALU MEREKOMENKAN LAKSA PAK NGAH PADA KAWAN-KAWAN.  PADA SESIAPA YG BELUM PERNAH DATANG KE KUALA KANGSAR ATAU DISEBUT KUALE MARILAH BERKUNJUNG KE BANDAR DIRAJA PERAK INI.  DAN..DAN.. JANGAN LUPA SINGGAH DI KEDAI LAKSA INI IAITU DIBELAKANG SMJ (C) TSUNG WAH. (SEBUTAN SEKOLAH INI CONG WAH)..JALAN TAIPING. LEBIH KURANG 1 KM DARI BANDAR KUALE. CUBELAH RASA LAKSA ASLI MADE FROM KUALA KANGSAR...


tini, teoh, ida. lepas ni responden akan mengisi borang soal selidik

Kengkawan yg terpengaruh dengan cerita keenakan laksa kuala sedang membuat penyelidikan dan ujian. Ternyata semuanya mengakui akan kehebatan kuahnya..kau!



kak Jah dan kak hanim sedang menguji..sambil dengo lagu Slam rasanya..

Bagi sesiapa yang berhajat untuk merasai kelazatan LAKSA PAK NGAH, dengan ini aku mengisytiharkan bahawa anda berpeluang mendapat perkhidmatan untuk menghantar anda terus ke pintu kedai Pak Ngah (dari Ipoh sahaja) dengan bayaran memuaskan..contactlah...

 hmmm...walla

AJAR ANAK HAFAL DOA QUNUT

ASSALAMUALAIKUM

Hari ini saya terpanggil untuk memaparkan doa qunut, bacaan mengikut ejaan untuk kemudahan membacanya..Sesetengah orang lambat membaca tulisan Jawi. Niat saya untuk berkongsi dan terutama untuk kanak-kanak yang dalam proses menghafal dan belajar sembahyang.  Hafalan boleh dibuat bermula dengan dua baris, diikuti dengan dua baris dan seterusnya hingga tamat. Penggunaan warna yang berbeza dan menarik juga dapat membantu anak-anak untuk melihat dan membacanya.  Fitrah kanak-kanak suka akan warna-warni.  Disertakan juga maksud doa untuk lebih menghayati maksud apa yang kita doakan itu. Semoga anak-anak dapat mencuba..Semoga berjaya.

Allahhuma dini fiman hadait.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a’tait.

Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alait.
Wainnahu layadziluman walait.
Walaa ya’izzuman ‘adait.

Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.

Astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.

Maksudnya : 

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun
yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah
Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas
keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Jumaat, 9 September 2011

KENANGAN ZAMAN PERSEKOLAHAN


Gambar ini  adalah lambang memori terindah semasa aku berada di tingkatan 5Sc2.  Maaf cikgu kerana saya dah terlupa akan nama cikgu..Namun aku masih ingat cikgu mngajar Biologi yang rata-rata hanya tau Biologi saje..itulah waktu dalam kelas memang pandang cikgu mengajar, tapi..tembus dinding..yang paling aku ingat aku suka lukis sel-sel..dan sewaktu dengannya. Otak aku bukan otak sains, dah cuba..namun..ke arah bahasa..
Siapa ye ketua kelas waktu ni.. juga tak ingat mungkin banyak makan anak semut.. tapi penolongnya Hasliza yang suka tersenyum dan berasal dr Kampung Ketior. Dalam kelas aku ada 2 pasang kembar, special bukan. Eti dan Eni, Kamal dan Kamil. Beberapa orang kawan telah  dpt berhubung dalam RMM69 macam Polo, Zaki, Zam, zack Zam, Fadhil, Ali, Mahadir, Zainal, dan Zaini. Yang perempuan tak masuk Fb, yang jumpa Che Rosnah, Fariza. Yang lain dan sekampung Tuah (Hang Tuah)..
Ingat lagi dalam kelas aku yang pempuannya banyak yang alim-alim seperti Yat,  Rokiah..aku pun malu dengan depa ni sebab aku cukup makan atau pun kurang ilmunya.
Zainal Masir pulak agak cemerlang dlm sukan selepas bersara jadi 'soljer'(katanya) bg tau akan ke London tahun depan membawa team kapal layar. Syabas dan semoga berjaya.
Kalau nak diciterkan memang panjang memori di tingkatan 5 ni.. Kalau ada permintaan boleh sambung lagi. Dan jika kawan-kawan terbaca blog aku ni bolehlah menghubungi aku di ruangan komen..tq

PERANAN IBU BAPA DEMI ANAK YANG CEMERLANG



Apakah peranan ibubapa dalam memastikan anak-anak berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan?
Antaranya:

1. Halalkan makan minum anak-anak
2. Berikan motivasi dan peransang
3. Galakkan mereka membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa.
4. Mengingatkan mereka belajar secara berterusan dan memberi tumpuan pada pelajaran
5. Doakan kejayaan mereka dengan bersungguh-sungguh.


Didoakan anak-anak muridku akan mendapat 5A dalam UPSR 2011.
Penghargaan:
PPD Kinta (U)