MEMBIMBING DIRI


RENDAHKAN HATIMU KEPADA MANUSIA,

agar Tuhan meninggikan dARjatmu pada kehidupan sana.

Rabu, 19 Ogos 2015

SURAT LANTIKAN SEBAGAI FASILITATOR


Text Box: SEKOLAH  KEBANGSAAN TASIK DAMAI,
30010 IPOH PERAK 
DARUL RIDZUAN.
Description: C:\Users\aziah12\Desktop\logo sktd.JPG

                                                                                                                     No. Tel : 05-2931151

 

Kepada:

 

PUAN AZIAH BT. PANDAK

PUAN HAJAH RAJMAH BT.ABDULLAH

PUAN SAKILA BT. ISHAK

PUAN HAIRUL BARIAH BT. RAMLI

MOHD ERUAN NORDIN B. MAHAMAT BHARUDIN

ENCIK KHAIRUN NIZAM B.                                                                                    3 OGOS  2015

 

 

 

Tuan/Puan,

 

 

LANTIKAN SEBAGAI FASILITATOR ‘BENGKEL BACAAN SULUH AKAR’ 2015

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

 

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dengan ini  dilantik seperti jawatan di atas.

     Bengkel tersebut akan diadakan pada ketentuan  berikut:

 

            Hari             :Isnin hingga  Khamis

          Tarikh           :10 Ogos hingga 13 Ogos 2015

          Tempat        :Pusat Sumber Sekolah

          Masa            :12.00 hingga 1.30 tengah hari.

 

 3.  Jadual tugasan setiap fasilitator ada disertakan dalam lampiran.

 4. Segala kerjasama pihak tuan/puan,  saya dahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian. Terima Kasih.

 

Yang benar,

 

 

 

……………………….………………………

 

 

 

 

SIJIL PENGHARGAAN





SEKOLAH KEBANGSAAN  TASIK  DAMAI  30010  IPOH  PERAK.

 

SIJIL PENGHARGAAN

 

ini dianugerahkan kepada

 

PN. HAJAH RAJMAH  BT. ABDULLAH

 

kerana kerjasama dan komitmen  menjalankan tugas sebagai 

FASILITATOR

dalam

BENGKEL  BACAAN SULUH AKAR pada 10 hingga 13 Ogos 2015

bertempat di SEK. KEB. TASIK DAMAI IPOH PERAK.

 

 

                                                                                      ……………………

                                                                                                            Guru Besar

                                                                                                            Sek. Keb. Tasik Damai,

                                                                                                            30010 Ipoh,

                                                                                                            PERAK DARUL RIDZUAN.

BENGKEL BACAAN SULUH AKAR SEK.KEB.TASIK DAMAI 2015


PERHATIAN:
SAYA KONGSIKAN KERTAS PROPOSAL MENGADAKAN BENGKEL DI ATAS. HARAP DAPAT MEMBANTU RAKAN-RAKAN DI LUAR SANA. NAMUN URUSAN MENCETAK HANYA DIBENARKAN SETELAH ANDA MENJADI FOLLOWER BLOG INI. HARAP MAKLUM.
(MENCARI KEREDAAN ALLAH)



PANITIA BAHASA MELAYU

Sek.Keb. Tasik Damai, Ipoh Perak.

 

Bengkel  Bacaan  Suluh Akar  Bahasa Melayu 

Murid-murid  Tahun 4, 5 dan 6 Al-Ghazali.

10 HINGGA 13 OGOS 2015

 

 

1. Pendahuluan

 

Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran paling penting dalam usaha mendalami ilmu-ilmu lain dalam sistem pendidikan di sekolah. Oleh sebab itu, murid-murid  perlu mengenal huruf, sukukata dan perkataan dalam usaha melancarkan pembacaan mereka.  Disiplin dalam bacaan  menjadi asas untuk berfikir dan bertindak menurut disiplin dalam  pembelajaran dan kehidupan sehari-hari. Dengan adanya kursus  bacaan ini, murid-murid  khasnya yang belajar  di kelas tahun 4 Al-Ghazali ,5 Al-Ghazali dan 6 Al-Ghazali dapat diberi pendedahan mantap dan utuh tentang kemahiran membaca.

 

 

2. Matlamat

Murid-murid yang lemah dalam bacaan dapat membaca ayat tunggal dengan sebutan yang betul.

 

 

3. Objektif

a)    Menyebut sukukata terbuka dan tertutup (Contoh: KVKV, KVKVK)

b)    Menulis perkataan dengan betul.

c)    Menguasai kemahiran bacaan Bahasa Melayu yang mudah.

    

 

4. Sasaran : Murid-murid lemah membaca kelas 4AG, 5AG dan 6AG        

– Senarai nama murid dilampirkan.

5. Cadangan pelaksanaan:

            Tarikh :           10-13  Ogos 2015

            Hari     :           Isnin hingga Khamis

            Masa  :           12.00 hingga 1.30 tengah hari

 

 

6. Ahli Jawatankuasa

Pengerusi :                En.Mohd Shuhaimi Bin Mohd Hashim

Naib Pengerusi :      Pn. Fadzilah Bt Zakaria

Setiausaha :              Pn. Aziah Bt Pandak (KP & 6AG)

Bendahari :                Pn. Sakila Bt. Ishak  (5AG)

AJK:                            Pn Hairul Bariah (4AG)

                                    En. Mohamad Eruan (Guru Pemulihan)

                                    En. Khairun Nizam (Mantan Guru Pemulihan)

                                    Pn. Hajah Rajmah Bt. Abdullah (Guru Tahap 1)

 

Jawatankuasa Pelaksana :

 

Bil.
Jawatankuasa
Tugas
1.
Urus Setia
 
 
1.1 Menyelaras aktiviti jawatankuasa kecil
1.1.Urusan surat menyurat
1.2.Menguruskan mesyuarat Jawatankuasa Pengelola
1.3.Menyediakan susun tadbir majlis
1.4.Menghantar surat panggilan
1.5.Melantik petugas pendaftaran.
1.6.Menyediakan laporan pelaksanaan.
1.7.Urusan teknikal
1.8. Menyediakan anggaran belanjawan
1.9. Mengadakan mesyuarat post mortem.
 
2.
 
Bendahari
 
2.1. Menyelaras perbelanjaan semua jawatankuasa
2.2. Memastikan wang diterima dan dikeluarkan
       mengikut prosedur.
2.3. Menyemak bil tuntutan dan mengesahkan untuk  pembayaran.
2.4. Menyediakan laporan dan diserahkan kepada  urus setia.
 
 
3.
 
Hadiah / Cenderamata
 
 
3.1. Menyediakan anggaran perbelanjaan.
3.2. Menyediakan hadiah/cenderahati mengikut minit mesyuarat.
 
4.
 
Buku Program
 
4.4  Memastikan bahan disemak
4.5  Mengedarkan buku  program.
 
5.
 
 
Peralatan dan Persiapan Tempat
 
 
5.1 Memastikan tempat yang sesuai untuk kursus.
5.2 Menyusun peralatan bilik / dewan mengikut
      pelan lakar.
5.5  Memastikan bilik / dewan yang digunakan 
       sebagai tempat kursus sentiasa bersih .
5.6  Mengurus untuk mendapat dan memulangkan  peralatan.
5.7  Menyediakan alat siar raya dan berfungsi
       dengan baik.
 
13.
 
Juruacara
13..1. Menyediakan teks juruacara
13..2. Menyedia  bahan untuk keperluan juruacara
 
15.
 
Fotografi / Rakaman
 
15.1. Mengambil gambar yang sesuai untuk laporan
15.2. Membuat rakaman kursus    

 

6. Tempat : Pusat Sumber dan Bilik Tayang

 

7. Pelaksanaan:

 

Hari / Tarikh
Perkara
Tindakan
ISNIN
10 Ogos
Pendaftaran/Tayangan slaid/seni bacaan
 
Sakila,
Hairul Bariah,
Aziah
SELASA
11 Ogos
Sebutan Huruf dan sukukata
Hjh Rajmah,
Mohd Eruan,
Khairun Nizam
RABU
12 Ogos
Sebutan dan tulisan
Hjh Rajmah,
Mohd Eruan,
Khairun Nizam.
KHAMIS
13 Ogos
Bacaan ayat tunggal/persembahan
Hairul Bariah,
Sakila,
Aziah

 

8. Kewangan Dan Perbelanjaan

    8.1 Anggaran Perbelanjaan

 

1.    Minum peserta                                     20 X RM 2.00                  RM   40.00

 

2.    Modul                                                                                             RM 100.00

 

3.    Bahan  (Fotostat sekolah)                                                            RM   0.00

 

     8.3 Keperluan Tambahan

            -  Fail Poket                                               15 X RM 0.40        RM   6.00

            -  Alat Tulis (Pensel+pemadam)                15 X RM0.40         RM   6.00

                                                                                    JUMLAH                  RM152.00

 

 

 

 

9. Jadual Semak Kerja

 

Aktiviti
Masa
Tempat
1. Menghantar kertas kerja kepada Guru Besar
27 Julai
Pejabat
2. Mesyuarat Jawatankuasa
29 Julai
Bilik Mesyuarat
3. Menghantar surat pemberitahuan kepada   ibu bapa murid terlibat
 
30 Julai
 
         -
4. Pengumpulan & Penyediaan bahan
31 Julai-5 Ogos
Pusat Sumber Sekolah
5. Bengkel Bacaan
10-13 Ogos
Pusat Sumber Sekolah

 

10. Penutup

      Program ini akan terlaksana dengan jayanya jika sekiranya semua pihak yang terlibat dapat menjalin kerjasama kerja, buah fikiran dan tenaga secara berkualiti. Lantaran itu, semua guru Bahasa Melayu amnya dan guru Bahasa Melayu Tahun 4,5,6  yang terlibat khasnya dapat mencurahkan ilmu pengetahuan dalam bacaan bahasa Melayu  kepada murid-murid sasaran.  Semoga murid-murid ini dapat memulakan langkah baharu dalam menguasai pembelajaran mereka dan rasa senang dan seronok datang ke sekolah untuk belajar.

 


Sekian. Terima kasih.

 

 

 

Disediakan oleh:

Pengerusi,

Panitia Bahasa Melayu,

Sek.Keb. Tasik Damai, Ipoh Perak.

                                                                                                                                   Lampiran 1

 

Senarai Nama Murid

 

Bil.
Nama
Kelas
1.
MOHAMAD ALIF
6 AL-GHAZALI
2.
MOHANA SANGGARI
6 AL-GHAZALI
3.
THARSINI
6 AL-GHAZALI
4.
ELINA
5 AL-GHAZALI
5.
RIDZUAN RASHID
5 AL-GHAZALI
6.
DANIAL RASLI
5 AL-GHAZALI
7.
AZLINA
5 AL-GHAZALI
8.
GOGILAN
5 AL-GHAZALI
9.
VIMALEN A/L UGES
4 AL-GHAZALI
10.
MUHAMMAD IRFAN B. TAJUL URUS
4 AL-GHAZALI
11.
MUHAMMAD ASMAWI B. KAMARUDIN
4 AL-GHAZALI
12.
KAOSALYA A/P KRISHNAMOORTHI
4 AL-GHAZALI
13.
DHINESH A/L MURUGAYA
6 AL-GHAZALI