1. MENYEWA KERETA (PERSONA RM70 SEHARI) DARI PEKAN KUAH / JETI KE ARAH PADANG MATSIRAT (AIRPORT) MENUJU KE TELUK BURAU. PERJALANAN LEBIH KURANG 20 KM.
2. PARKING KERETA DI TEMPAT YG DISEDIAKAN. WALAUPUN CUTI SEKOLAH, TEMPAT PARKING CUKUP. TEMPAT LETAK KERETA BETUL-BETUL BERADA DI HADAPAN PINTU MASUK UTAMA.
3. MASUK DAN BERJALAN TERUS HINGGA KE BAHAGIAN KIRI KAWASAN KEDAI2. ANDA AKAN JUMPA KAUNTER TIKET. BERBARIS AGAK PANJANG MENGIKUT KEADAAN ANGIN DI PUNCAK GUNUNG. JIKA ANGIN KENCANG KERETA KABEL (gondola) DIBERHENTIKAN DAN JUGA KAUNTER TIKET DITUTUP SEMENTARA. BERATURLAH ANDA WALAU DI BAWAH PANAS TERIK. JIKA KEADAAN ANGIN OK, KAUNTER DIBUKA SEMULA. HARGA TIKET RM 15 DEWASA DAN RM13 KANAK-KANAK. JIKA TIKET KABEL DIBELI DI JETI, ANDA JUGA PERLU BERATUR MENGAMBIL KAD PAS MASUK. KALAU IKUT KATA MANIS AGEN DIJETI ANDA BOLEH TERUS NAIK KERETA KABEL TANPA BERATUR.. ITU LAH JANJI MANIS UTK MENIPU...
4. SETELAH ADA TIKET ANDA PERLU BERRATUR DI LALUAN LAIN YG BERADA DISEBELAH UNTUK MENAIKI KERETA KABEL.. JIKA CUTI SEKOLAH BARISANNYA JADI SEPERTI ULAR KENA PALU DEKAT 7 ATAU 8 LENGKOR... DAN SEHINGGA GILIRAN ANDA SAMPAI ANDA BOLEH BERGAMBAR BERLATARBELAKANGKAN GUNUNG DAN BERBUAL DENGAN PELANCONG LAIN.. (KALAU PERAMAH).
5. JIKA ANDA MEMBAWA WARGA EMAS, ANDA BOLEH MELALUI LALUAN EKSPRES. MUNGKIN DAPAT NAIK CEPAT. JADI..BAWALAH IBU, BAPA , DATUK DAN NENEK ANDA YA.. BERSEDIA UNTUK MENAIKI KERETA KABEL YANG SEDANG BERGERAK.. TIDAK PERLU TERGOPOH-GOPOH.. SEMPAT NAIK... MUAT UNTUK 6 ORANG SAHAJA.. DAN BERSEDIALAH UNTUK DIAMBIL GAMBAR... (HARGA RM 35, SIAP WAKTU ANDA TURUN NANTI, TAK BELI PUN TAK MENGAPA)
6. ANDA SEKARANG BOLEHLAH MERASAI KESERONOKAN DAN KEGAYATAN BERADA DI UDARA..HEEEEE..... KECUT JUGA BILA BUNYI ANGIN MELANDA. ANDA BOLEH BERHENTI DI TINGKAT PERTAMA UNTUK MENAIKI JAMBATAN MELENGKUNG (CURVE). JAMBATAN INI BERGOYANG...DAN NAIK KABEL SEMULA KE TINGKAT PALING TINGGI...SEJUK MACAM KAT CAMERON. KAT ATAS ADA GERAI KECIL BAGI YANG LAPAR TAPI HARGA BERTAMBAH BERBANDING DIBAWAH. AIS KRIM SATU SKOP RM2, BURGER RM4 DAN MINERAL KECIL RM2... HARGA PADA DISEMBER 2011. BILA SUDAH PUAS MELAWAT DI ATAS, ANDA BOLEH TURUN KEMBALI, WAKTU TURUN BEST.. LAJU..GAYAT DAH HILANG.. SELAMAT MELANCONG...
pintu masuk utama