Umar ibnul Khatthab r.a berkata :
MARAH-MARAH ADALAH KUNCI KEJAHATAN DAN BARANGSIAPA MEMPERTURUTKAN HAWA NAFSU DAN KEMARAHANNYA, BERERTI DIA TERBIMBING KE NERAKA.
MEMBIMBING DIRI
RENDAHKAN HATIMU KEPADA MANUSIA,
agar Tuhan meninggikan dARjatmu pada kehidupan sana.
Isnin, 8 Ogos 2011
kampung KARAI tetap di sanubari
SEJARAH JAMBATAN KERETAPI
Jambatan ini pernah menjadi antara jambatan yang tercantik di asia tenggara. dirasmikan oleh YAM Sultan Idris pada tahun 1900 iaitu sama tahun dengan pembukaan sek keb karai.
GERHOTOK (jambatan) KE SEBERANG
hanya untuk pejalan kaki dan motosikal
di seberang ada kg seberang karai, kg lubuk chapin
tempat bermain sewaktu kecil
Dulu antara tahun 1980an jambatan ini dikawal oleh pasukan wataniah demi menjaga keselamatan pengguna.
Jumaat, 5 Ogos 2011
Salam Pertama
Hari ini adalah sejarah..tanpa disangka-sangka kawanku Cikgu Pijul09 dengan tulus ikhlas membantu aku mewujudkan blog aku ini. Aku sebenarnya dah lama mengidam ada blog sendiri. Bukan apa blog ni tempat aku berkongsi sesuatu yang memberi manfaat pada aku dan orang lain. Semoga niat aku ini mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa. Thanks Pijul09.
Langgan:
Catatan (Atom)