MEMBIMBING DIRI


RENDAHKAN HATIMU KEPADA MANUSIA,

agar Tuhan meninggikan dARjatmu pada kehidupan sana.

Selasa, 20 Disember 2011

CABLE CAR LANGKAWI

BAGAIMANA KE SANA..

1. MENYEWA KERETA  (PERSONA RM70 SEHARI) DARI PEKAN KUAH / JETI KE ARAH PADANG MATSIRAT (AIRPORT) MENUJU KE TELUK BURAU. PERJALANAN LEBIH KURANG 20 KM.

2. PARKING KERETA DI TEMPAT YG DISEDIAKAN. WALAUPUN CUTI SEKOLAH, TEMPAT PARKING CUKUP. TEMPAT LETAK KERETA BETUL-BETUL BERADA  DI HADAPAN PINTU MASUK UTAMA.

3. MASUK DAN BERJALAN TERUS HINGGA KE BAHAGIAN KIRI KAWASAN KEDAI2.  ANDA AKAN JUMPA KAUNTER TIKET. BERBARIS AGAK PANJANG MENGIKUT KEADAAN ANGIN DI PUNCAK GUNUNG.  JIKA ANGIN KENCANG KERETA KABEL (gondola) DIBERHENTIKAN DAN JUGA KAUNTER TIKET DITUTUP SEMENTARA. BERATURLAH ANDA WALAU DI BAWAH PANAS TERIK. JIKA KEADAAN ANGIN OK, KAUNTER DIBUKA SEMULA. HARGA TIKET RM 15 DEWASA DAN RM13 KANAK-KANAK. JIKA TIKET KABEL DIBELI DI JETI, ANDA JUGA PERLU BERATUR MENGAMBIL KAD PAS MASUK.  KALAU IKUT KATA MANIS AGEN DIJETI ANDA BOLEH TERUS NAIK KERETA KABEL TANPA BERATUR.. ITU LAH JANJI MANIS UTK MENIPU...

4. SETELAH ADA TIKET ANDA PERLU BERRATUR DI LALUAN LAIN YG BERADA DISEBELAH UNTUK MENAIKI KERETA KABEL.. JIKA CUTI SEKOLAH BARISANNYA JADI SEPERTI ULAR KENA PALU DEKAT 7 ATAU 8 LENGKOR... DAN SEHINGGA GILIRAN ANDA SAMPAI ANDA BOLEH BERGAMBAR BERLATARBELAKANGKAN GUNUNG DAN BERBUAL DENGAN PELANCONG LAIN.. (KALAU PERAMAH).

5. JIKA ANDA MEMBAWA WARGA EMAS, ANDA BOLEH MELALUI LALUAN EKSPRES. MUNGKIN DAPAT NAIK CEPAT. JADI..BAWALAH IBU, BAPA , DATUK DAN NENEK ANDA YA.. BERSEDIA UNTUK MENAIKI KERETA KABEL YANG SEDANG BERGERAK.. TIDAK PERLU TERGOPOH-GOPOH.. SEMPAT NAIK... MUAT UNTUK 6 ORANG SAHAJA.. DAN BERSEDIALAH UNTUK DIAMBIL GAMBAR... (HARGA RM 35, SIAP WAKTU ANDA TURUN NANTI, TAK BELI PUN TAK MENGAPA)

6. ANDA SEKARANG BOLEHLAH MERASAI KESERONOKAN DAN KEGAYATAN BERADA DI UDARA..HEEEEE..... KECUT JUGA BILA BUNYI ANGIN MELANDA. ANDA BOLEH BERHENTI DI TINGKAT PERTAMA UNTUK MENAIKI JAMBATAN MELENGKUNG (CURVE). JAMBATAN INI BERGOYANG...DAN NAIK KABEL SEMULA KE TINGKAT PALING TINGGI...SEJUK MACAM KAT CAMERON. KAT ATAS ADA GERAI KECIL BAGI YANG LAPAR TAPI HARGA BERTAMBAH BERBANDING DIBAWAH. AIS KRIM SATU SKOP RM2, BURGER RM4 DAN MINERAL KECIL RM2... HARGA PADA DISEMBER 2011.  BILA SUDAH PUAS MELAWAT DI ATAS, ANDA BOLEH TURUN KEMBALI, WAKTU TURUN BEST.. LAJU..GAYAT DAH HILANG.. SELAMAT MELANCONG...

pintu masuk utama


beratur membeli tiket, dibelakang ialah kabel



nak masuk ke gondola

mula bergerak



jambatan gantung

beratur untuk turun



Isnin, 12 Disember 2011

PERKAHWINAN ANA DAHLIA DAN CHEF RIZ

Malam tadi kami puak-puak dan juak-juak taiping menghadiri kenduri majlis perkahwinan anak sedara kami diana dengan nadzri yang berlangsung di tingkat 3 bangunan kamalbina. walaupun hujan namun majlis tetap panas dengan kesibukan tak menang duduk masing-masing bergambar dengan insan2 popular. termasuk jugak teman yang dah berusia ini. bukan apa nak memeriah dan menyibukkan lagi keadaan semasa... malam tu macam bursa saham le... 

Di bawah teman paparkan sekali gambar2 yg sempat diambil.. anak teman yakin... jadi kemera women.. semua sebuk dan ceria bebeno termasuk lah.. tok tam.. Semasa upacara merenjis abg jaapaq, bapa pengantin perempuan menadah tangan dan diaminkan oleh diyana dan nadzri, tentunya supaya rumahtangga anaknya diberkati dan berkekalan. Pakaian..keluarga pengantin perempuan berwajah hijau muda dan sebelah nadzri berwajah biru lembut.. ramai keluarga pengantin lelaki yang hadir termasuklah rombongan sebelah adik iparnya.. mem2 dari seberang laut... Sempatlah  tengok bapa pengantin lelaki dancing ngan mem2  tu.  Nak puji makanan memang sedap dan kami semua berpuas hati..masing2 balik kekenyangan... 






KAMI MENDOAKAN AGAR HIDUP KALIAN DIBERKATI DUNIA DAN AKHIRAT.












Isnin, 5 Disember 2011

PERTAMAKALI NAIK KERETAPI

Agaknya dah berusia ni..aku lupa yang anakku belum pernah naik keretapi..yang asyik naik aku je..he..he... oklah inilah pengalaman balik dari Kuala Lumpur. Pergi naik bas. Tambang bas ke KL hoi..mahalnya sekarang RM17.00. Tikat keretapi biasa pulak RM22. yang ekspres lebih la lagi.  Sampai di Kl Sentral jam 5 ptg . Konon2 nak beli tiket jam yang terhampir. Yang ada hanya 9.20 mLm. Hai kena tunggu lama ni...jenuh dah berpusing. mujur ada pulak masa tu program 15 hour extreme tajaan minuman mountain dew. pengacaranya tak tau nama tapi satu lelaki kacukan yang mengacarakan program jalan2 ke new zealand (sekarang). Kami pun interframe dlm camera depa... makan...macam2 dah telan.. Tunggu je la... 

Dalam ketapi agak ramai penumpang, maklumlah cuti sekolah... sejukk la pulak..Siti keluarkan shawl yang baru dibelinya untuk dijadikan selimut... ibu tumpang paha siti letak kaki... pahala.  Tidur tak lena ingat nak sampai rumah je. sampai Ipoh kul 1 pagi... Sampai2 pak cik tak sembol lagi...mancing ke? berserabut kepala ni.. sabo je la..

akan datang nak cuba gi lebih jauh boleh sewa katil..he..he..

sekadar berkongsi..bukan naik ketapi ni..


Tapi yang di bawah ni..




RUMAH LAMA DI PASIR SALAK

Lama rasanya  tak menjenguk sakurahana69..hujung tahun agak sibuk..la ni mungkin dah free sikit.. so.bawak family dan emak berjalan-jalan ke Teluk Intan, Pasir salak, Muzium Ipoh dan makan di restoran ghulam yang terkenal dengan ayam gorengnya... Tapi rasanya dah tak sama macam makan kali pertama dulu.. Walaupun lokasi semua tempat ni dalam negeri Perak..namun oklah untuk cuci mata dan cuci minda...



Memang condong menara jam ni






ASAL RUMAH DI NEGERI PERAK (KUTAI)

Masuk Kompleks ni kena bayar tiket RM4 dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak





p/s: lepas ni nak bawak ada orang berhajat naik ketapi..pit...pit...

Sabtu, 15 Oktober 2011

SUKAN TAHUNAN EDISI KE 8


TUALANG  BELAKANG,  KAKITANGAN, URAT SARAF RUMAH HIJAU SEDANG MEMBINCANGKAN HALATUJU KAMI, WHILE  OUR KETUA RUMAH MENCARI DANA . TQ



ULAT NAIK DAUNNNN..


MAMA  ULAT


SUSI, OUR MANAGER. TERSENYUM PUAS.  CONGRATULATION RUMAH TERCANTIK.


KAK ZORA MENANG ACARA... ACARA.. NENGOK2....


BERSAMA PUTERI PERAK ANAK KEDAH




2 X.. DULU PUN AKU BESAR JARI KELINGKING JE...